Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Bukan tujuan Fica hadkan interaksi biasa bersama pihak asing, menteri perjelas keprihatinan

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



RANG Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas), atau Fica, menimbulkan beberapa keprihatian dalam kalangan pelbagai pihak, termasuk parti pembangkang, ahli akademik dan pakar lain, berkaitan skopnya yang pada mereka luas, dan had pantauan kehakiman.



Namun, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata di Parlimen semalam bahawa gambaran salah telah diberikan berkaitan undang-undang itu.



Antara salah tanggapan tersebut adalah idea bahawa Fica bertujuan mengehadkan "interaksi biasa" bersama pihak luar negara, kata Encik Shanmugam.



"Ini tidak benar. Kejayaan Singapura bergantung pada keterbukaannya, dan pemerintah yang ingin menghentikan perkara itu akan menghancurkan Singapura," ujarnya.



Di Amerika Syarikat dan Australia, undang-undang campur tangan asing meliputi pelbagai jenis individu dan pertubuhan di bawah kawalan pemerintah asing atau entiti luar negara itu atau mereka yang mempunyai aturan dengan pihak asing, katanya.



Berbeza daripada itu, undang-undang campur tangan asing yang disarankan di sini meliputi golongan lebih kecil.



Ia akan hanya merangkumi Individu Penting Dari Segi Politik (PSP), kata Encik Shanmugam.



"Penentuan (bagi individu penting dari segi politik) hanya boleh dilakukan jika aktiviti ditujukan untuk matlamat politik dan memang merupakan keutamaan awam untuk mengambil langkah tindak balas terhadap perkara tersebut," kata Encik Shanmugam.



Menurutnya, sebahagian besar kerjasama dan hubungan antara warga Singapura dengan warga asing tidak akan memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah undang-undang itu.



"Kerjasama dan kolaborasi dengan warga asing bukan punca, anda perlu melihat dengan lebih mendalam pada fakta yang wujud - mungkinkah ada kempen bermusuhan, atau kerosakan pada Singapura? Mungkinkah ada agensi luar negara yang terlibat? Sejauh mana kemusnahan yang akan terjadi?" katanya.



Memberikan responsnya terhadap keprihatinan mengenai tempoh pendek rang itu diperkenal, Encik Shanmugam berkata sebenarnya isu tersebut telah dibincangkan sejak tiga tahun lalu.



Dengan teknologi semakin pesat berubah dan alat hubungan memberi ruang kepada pihak asing untuk berselindung dan menyamar sebagai pengguna dalam talian lain, peraturan 'perang' sudah berubah, kata Encik Shanmugam.



Kepelbagaian Singapura dari segi bangsa dan agama mudah diperalat oleh negara lain, katanya, sambil menambah bahawa Singapura menyaksikan kian banyak naratif yang dibentuk agar tidak kelihatan sebagai propaganda tetapi mempengaruhi cara individu melihat isu dasar ehwal luar.



"Biasanya ia menyentuh identiti bangsa yang lebih luas, di luar identiti sebagai warga Singapura. Pada pendapat saya, ini merupakan salah satu ancaman paling serius yang kita hadapi, dan masyarakat Singapura, serta ramai Anggota Parlimen lain tidak sedar akan perkara ini," katanya.



Justeru, beliau berkata terdapat keperluan undang-undang yang lebih tertumpu untuk menangani ancaman ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >