Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

'Berlengah' sertai NS: Lelaki mengaku bersalah

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki gagal mendaftarkan diri untuk menjalani perkhidmatan negara (NS) selama lebih empat tahun selepas meninggalkan Singapura untuk ke Batam, di mana dia tinggal bersama bapanya, seorang warga Indonesia. Dia ke sana untuk membantu perniagaan bapanya.



Novriandy Rizaldy juga berada di luar Singapura tanpa permit sah selama lebih sembilan tahun sebelum dia ditahan pada Disember 2019 ketika dia kembali ke Singapura untuk membaharui pasportnya.



Semalam, Rizaldy, 33 tahun, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengikut Akta Pendaftaran.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jonathan Lee berkata Rizaldy telah melakukan pendaftaran untuk menyertai NS pada 26 Januari 2007.



Dia kemudiannya meminta penangguhan daripada Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) supaya dapat menamatkan kursus yang diambilnya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



CMPB memberinya penangguhan hingga 5 Januari 2008.



Pada 7 Mac 2008, Rizaldy memohon satu lagi tempoh penangguhan dengan mendakwa ingin mengikuti kursus Higher Nitec di ITE, yang akan bermula pada April 2008. Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan bukti dokumen berkaitan kursus tersebut kepada CMPB.



Sebaliknya, dia menyerahkan surat pensijilan daripada Kolej Seni Lasalle kepada CMPB, yang menyatakan bahawa dia akan melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam reka bentuk produk dari Ogos 2008 hingga Jun 2011.



Rizaldy meninggalkan Singapura untuk ke Batam pada 13 Januari 2010, tanpa mempunyai permit keluar yang sah.



Semasa tinggal bersama ibu bapanya di Batam, dia membantu perniagaan ayahnya dalam bidang sistem komunikasi dan navigasi.



CMPB kemudiannya dimaklumkan oleh Lasalle pada Februari 2010 bahawa Rizaldy telah menarik diri daripada pengajiannya. Dia tidak hadir untuk pemeriksaan perubatan lewat bulan itu, dan warta polis telah dibangkitkan terhadapnya pada Jun 2010.



Pada 10 April 2015, selepas hampir lima tahun, Rizaldy kembali ke Singapura untuk membaharui pasport bagi tujuan mendapatkan pemastautin tetap di Indonesia.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memaklumkan kepadanya pada 15 April 2015, bahawa pasportnya sedia untuk diambil.



Semasa berada di Singapura, CMPB memaklumkan kepada Rizaldy bahawa dia telah meninggalkan Singapura tanpa permit keluar yang sah dan mengingatkannya supaya mematuhi notis NS yang dihantar kepadanya.



CMPB juga menghantar notis pendaftaran kedua kepadanya yang memerlukannya untuk mendaftarkan diri pada 11 Ogos 2015.



Daripada mendaftar, Rizaldy kembali ke Batam pada 10 Julai 2015, selepas mengambil pasportnya.



Lebih empat tahun kemudian, dia kembali ke Singapura pada 6 Disember 2019, kerana mahu membaharui pasportnya sebelum tamat tempoh, supaya dia tidak akan dihantar pulang dari Indonesia. Dia ditangkap pada hari yang sama.



Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 24 minggu ke atas Rizaldy.



Rizaldy, yang tidak mempunyai peguam, meminta kelonggaran mahkamah dan menambah bahawa dia telah menjalani NS-nya dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) selama dua tahun.



Kesnya telah ditangguhkan ke 27 Disember untuk menanti hukuman.



Disebabkan gagal menyertai NS, pesalah boleh didenda sehingga $10,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >