Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakat muda S’pura jayakan lagu tema NDP 2023

May 25, 2023 | 06:41 PM



LAGU tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 dinyanyikan oleh sekumpulan artis dan bakat muda Singapura, termasuk penyanyi Iman Fandi, iaitu anak legenda bola sepak Fandi Ahmad.

Lagu berjudul Shine Your Light (Sinarkan Cahayamu) itu diharap dapat memberi nafas baru bagi warga Singapura dalam menyambut kedatangan era baru sesudah pandemik, dan meraih kemahiran serta kelebihan masing-masing, kata komposer Don Richmond dalam satu sidang media pada Khamis.


Selaras tema NDP 2023 – Maju Bersatu – lagu sekitar tiga minit itu bermatlamat menggesa warga Singapura supaya memberi yang terbaik dalam menceburi bidang dan mengejar impian masing-masing.

Melambangkan semangat perpaduan tema itu, ia menggabungkan unsur rok, hip hop dan R&B dan dijayakan bersama kumpulan rok tempatan 53A dan The Island Voices serta lima penyanyi, termasuk rapper tempatan ShiGGa Shay selaku penulis bersama lagu itu.

Bercerita tentang latar belakang proses menghasilkan lagu itu, Richmond berkata: “Saya kira tahun lalu, 2022, boleh dikatakan sebagai penutup satu bab dalam kehidupan kita di Singapura (menyusuli pandemik Covid-19). Sebab itu saya menulis Stronger Together (Lebih Kuat Bersama, lagu tema NDP 2022).


“Tetapi bagi 2023, dengan tema Maju Bersatu, saya kira ia adalah satu peluang untuk kita menyuarakan bahawa kita hendak maju ke peringkat seterusnya sebagai satu masyarakat. Dan satu cara untuk melakukan demikian ialah menerusi metafora Shine Your Light.”


“Oleh itu, untuk menjayakan lagu bertema sebegini kami mendapatkan pelbagai pemuzik berbakat untuk bekerjasama, seperti penyanyi, rapper dan kumpulan rok bagi menghasilkan satu tapestri artis dan bakat Singapura.”

Beliau juga berkata suasana lagunya turut sesuai bagi keadaan semasa yang memerlukan irama lebih rancak dan nada lebih ceria, yang juga berupaya menarik anak mudai.

“Namun kami tidak ingin menyatakan bahawa lagu ini khusus bagi anak muda sahaja, sebab, satu cara untuk tarik perhatian orang dewasa ialah menerusi anak-anak mereka yang mungkin belajar lagu ini dari sekolah, Internet, televisyen dan sebagainya,” kata Richmond.

Dalam video muzik lagu itu yang disiarkan buat pertama kali pada Khamis, Iman tampil bersama penyanyi dan penerbit Lineath (Lineath Rajendran) sebelum penghujung lagu tersebut.







Mereka menyanyikan lirik yang bermaksud “sinarkan cahayamu untuk seluruh dunia melihatnya”, sebagai perangsang untuk rakyat Singapura melakukan yang terbaik bagi diri mereka dalam apa jua bidang.

Iman, terdahulu seorang atlet dan model, puteri tunggal Fandi dan model Wendy Jacobs. Beliau menceburi bidang muzik sebagai penyanyi dan penulis lagu pada 2021 dan telah mengeluarkan empat single.

Richmond berkata dalam satu wawancara di sisi sidang itu bahawa pengalaman menghasilkan lagu NDP itu bersama Iman agak luar biasa.

“Saya ingat apabila Iman masuk ke sesi latihan, semasa kami bersama The Island Voices, yang merupakan sebuah kumpulan vokal besar. Apabila Iman mula menyanyi, seluruh keadaan menjadi senyap sebab kami kagum akan suaranya,” kata Richmond.

“Suaranya begitu halus dan merdu, menawarkan suasana luar biasa pada sesi latihan itu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >