Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arwah datuk jadi inspirasi pegawai muda raih Pedang Kehormatan

Jun 10, 2023 | 05:34 PM



Berjalan sampai ke batas, berlayar sampai ke pulau.

Sepanjang 38 minggu menjalani latihan mencabar di Sekolah Pegawai Kadet (OCS), perasaan Leftenan Kedua (2LT) Hariz Irfan Iszeraj mula dicuit rasa putus asa.

Bagaimanapun, apabila teringatkan pesanan arwah datuknya, ia bukan sahaja mengubah perspektifnya, malah menjadi pembakar semangat untuk beliau meneruskan perjuangan.

Kesungguhannya tidak sesia apabila kekentalan semangat dan keazaman anggota sepenuh masa Perkhidmatan Negara (NSF) berusia 22 tahun itu diiktiraf.

Beliau, yang berkhidmat dalam rejimen infantri tentera Singapura, muncul sebagai salah seorang penerima Pedang Kehormatan, yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet 129/22 di Institut Tentera Safti yang berlangsung pada Sabtu. 

Anugerah itu diberikan kepada 10 peratus pegawai kadet terbaik yang terpilih di OCS.

Selain meraih dorongan daripada ibu bapanya, yang kededua pegawai polis, 2LT Hariz turut terdorong oleh arwah datuknya, yang meninggal dunia sebelum beliau menjalani NS pada Jun 2022.

“Apabila keadaan menjadi sukar (dalam OCS), saya ingat kata-kata arwah datuk saya untuk ‘sentiasa meletakkan sepenuh hati pada usaha anda dalam semua yang anda lakukan’. Walaupun ia nasihat biasa, ia telah memberi saya dorongan untuk terus berusaha gigih sejak itu,” kata anak kedua keluarga empat beradik itu.

Dengan penganugerahan itu, 2LT Hariz seterusnya menyasar menjadi pemimpin yang baik apabila menggalas tugas sebagai pegawai pemerintah platun.

“Saya ingin menyemai rasa kekitaan dan kebanggaan dalam semua perkara yang anggota dalam unit saya laksanakan, kerana saya mendapati bahawa adalah penting untuk mereka suka apa yang dilakukan. Pada akhirnya, saya ingin membuat perubahan baik pada semua orang yang saya temui, walaupun betapa kecilnya,” tambah beliau.

Seramai 370 pegawai kadet, yang terdiri daripada 269 anggota tentera Singapura, 50 anggota Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan 51 anggota Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), berjaya menamatkan latihan dan diberi pentauliahan sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada Sabtu.

Seorang lagi yang menjalani latihan pegawai kadet ialah 2LT Daniel Elfian Mohd Nasir, 22 tahun, yang menyertai RSN sebagai pegawai tetap.

Pegawai tentara laut itu berkongsi bahawa pengajaran yang diperolehi semasa latihan adalah betapa pentingnya diplomasi dan pencegahan dalam melindungi Singapura.

Ketika berkhidmat bersama Littoral Mission Vessel (LMV), 2LT Daniel berpeluang berlayar dan melindungi perairan Singapura.

“Melihat operasi dan misi lain yang dijalankan membuatkan saya sedar impak tugas kami dan bahawa kami memainkan peranan aktif dalam melindungi dan menghalang mana-mana penceroboh daripada memasuki perairan kami,” kata beliau.

Sementara itu, dalam ucapannya, Encik Wong, selaku Pegawai Pemeriksa, berkata kekuatan SAF juga bergantung pada semangat warganya untuk bersama-sama mempertahankan negara dan melindungi cara hidup kita.

“Kepimpinan penting dalam membentuk azam dan semangat juang ini,” tambah beliau.

“Jadi pimpinlah dengan keyakinan dan pimpinlah dengan menjadi teladan. Berikan inspirasi kepada tentera anda, bukan hanya dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan anda.

“Tanamkan dalam diri mereka semangat, rasa tujuan yang kuat dan komitmen. Tunjukkan kepada mereka bahawa negara kita, rakyat kita, dan cara hidup kita bernilai untuk dipertahankan dan diperjuangkan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >