Lukisan batik pertama Sujak, Tiga Wajah, dibeli dengan lapan butir berlian pada 1970-an.
Lukisan itu dipaparkan dalam pameran bersama M. Nasir, S. Amin Shahab dan Allahyarham Sarkasi Said di Wisma Indonesia, kedutaan Indonesia di Orchard Road ketika itu. Ia menarik perhatian seorang pengunjung dari Russia yang menawar lukisan batik itu dengan berlian. Seperti tidak percaya, Sujak membawa berlian itu ke kedai pajak bagi memastikan ketulenan. Ternyata berlian itu tulen dan dihadiahkan kepada isteri.