Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Tharman akan dirindui: Penduduk GRC Jurong

Jun 11, 2023 | 07:30 PM



Kehadiran Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, di GRC Jurong akan pasti dirindui, kata para penduduk kawasan itu.

Bagaimanapun, mereka memahami dan menyokong keinginan Encik Tharman untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, menyatakan beliau adalah seorang yang berjiwa rakyat dan tidak jemu mendekati masyarakat.

Encik Tharman, 66 tahun, bakal meninggalkan jawatannya dalam pemerintah dan melepaskan tugas sebagai AP GRC Jurong untuk memberi laluan bagi penyertaannya dalam Pilihan Raya Presiden.

Cik Sarinah Abdul Gani, penduduk Taman Jurong, yang ditemui Berita Harian (BH) di majlis pembukaan rasmi ActiveSG Sport Village@Jurong Town pada Ahad, berkongsi bahawa penduduk kawasan itu, terutamanya warga tua, akan merindui Encik Tharman.


“Kami sedih melihatnya pergi sebab dia sudah lama di kawasan. Dia sangat dekat kepada masyarakat di sini dan sentiasa prihatin pada keperluan warga tua. Saya fikir ramai warga tua akan lebih terjejas oleh pemergiannya,” kata bekas guru berusia 51 tahun itu.

Seorang lagi penduduk GRC Jurong, Encik Samsol Misbah, 50 tahun, berkata peletakan jawatan Encik Tharman adalah satu kehilangan besar kerana kawasan itu bertuah untuk mempunyai seorang AP, yang juga seorang menteri kanan dan berkaliber tinggi sepertinya.

“Tetapi, sebagai presiden Singapura seterusnya, dia juga layak untuk menggalas tugas itu. Dia banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja masyarakat… Jiwanya memang untuk rakyat,” kongsi Encik Samsol, yang bertugas dalam industri hotel.

Encik Samsol, yang giat dalam kegiatan di kawasan itu, pernah menetap di Taman Jurong sebelum berpindah ke Bukit Batok kira-kira 10 tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, pula berkata berita penyertaan Encik Tharman dalam Pilihan Raya Presiden disambut dengan emosi yang bercampur-baur.

“Kami berbangga dengannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Dialah pengukuh di Jurong, yang menerapkan nilai-nilai baik. Kami sedih melihatnya pergi, tetapi keutamaan kami sebagai sepasukan adalah benar-benar menjaga penduduk dan memastikan mereka tidak rasa terabai disebabkan perkembangan yang berlaku,” jelasnya.

Selain Encik Tharman dan Cik Rahayu, tiga lagi AP untuk GRC Jurong ialah Dr Tan Wu Meng, Encik Xie Yao Quan dan Encik Shawn Huang.

Keempat-empat AP ini akan membantu mengambil alih tanggungjawab Encik Tharman di kawasan Taman Jurong apabila beliau meninggalkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 7 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >