Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil peluang jadi relawan ibadah korban di Indonesia

May 29, 2023 | 05:31 AM



SEJAK perjalanan ke luar negara dibenarkan semula sepenuhnya tahun lalu, Encik Muhammed Jose Fairuz Jaafar mengambil kesempatan itu untuk ke Indonesia sewaktu Hari Raya Haji.

Niat ke sana bukan untuk melancong ataupun mengunjungi sanak saudara, namun sebenarnya untuk mengikuti rombongan sukarelawan dari Singapura bagi membantu untuk melaksanakan misi ibadah korban bersama penyedia khidmat korban Singapura, Attawasol Insaniy.

Encik Fairuz, 39 tahun, yang bekerja dalam sektor logistik, telah mengikuti kumpulan yang diketuai pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, sejak 2018 dan setiap kali pintu peluang itu terbuka, beliau tidak teragak-agak untuk ikut serta.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mengikuti atau menjadi sukarelawan yang membantu dalam ibadah korban dan penyembelihan di masjid di sini.

“Semasa saya menghadiri salah satu kelas agama Ustaz Dr Leyaket Ali, mereka sebenarnya sedang mencari sukarelawan untuk mengikuti mereka ke Indonesia bagi misi ibadah korban.

“Dari situ timbul minat untuk menyertai mereka kerana saya sering tertanya-tanya bagaimana korban dilakukan di negara lain,” kongsi beliau.

Tahun lalu, selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan, sukarelawan Attawasol Insaniy telah ke kawasan Gunung Kidul di Yogyakarta serta beberapa kawasan terpencil lain di Indonesia.

Mereka juga telah menjalankan pengagihan daging korban kepada sekitar 200 kampung kecil, pesantren dan rumah anak yatim terpilih.

Bagi Encik Fairuz, setiap tahun beliau mengikuti rombongan sukarelawan ini, ia memberinya satu pengalaman baru yang sukar untuk beliau lupakan.

“Setiap kali saya berada di sana, saya diingatkan kembali tentang betapa bertuahnya kami yang tinggal di Singapura.

“Saya telah ke kawasan luar bandar dan terpencil di Indonesia, dan melihat kanak-kanak di sana dan cara hidup mereka, amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

“Meskipun begitu, ia sebenarnya membuka mata saya, dan setiap tahun apabila saya mempunyai peluang, saya pasti akan menyertai mereka,” tambah bapa kepada dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.

Bagi tahun ini, bilangan sukarelawan dari Singapura yang bakal mengikuti misi ke Indonesia telah bertambah, menurut Ustaz Dr Leyaket Ali.

Beliau berkata: “Alhamdulillah pada tahun ini, sukarelawan dari Singapura bertambah ramai dari tahun-tahun yang sebelumnya, mungkin kerana melihat gambar-gambar yang kami terbitkan, mereka terpanggil untuk sama-sama menyebarkan Rahmah yang menjadi satu pegangan yang kuat dari rakyat Singapura.

“Selagi mana tidak ada sekatan perjalanan, daya usaha ini tetap akan berlaku sebagai satu kerjasama antara dua negara.

“Tidak dapat dinafikan juga ramai di antara sukarelawan dari Singapura juga dapat menjalinkan silaturahim bersama rakyat Indonesia yang mana mereka sebenarnya adalah dari asal keturunan Jawa yang berasal dari beberapa desa yang kami laksanakan pengagihan daging korban.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >