AGENSI Sains dan Teknologi Home Team (HTX) telah membangunkan dan mengerahkan satu alat pemeriksaan dan pengesanan koronavirus di pusat pemeriksaan darat, laut dan udara dalam usaha menentang Covid-19, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.
Alat itu dikerahkan sebagai sebahagian Program Bio-Pengawasan mereka, dengan alat itu baru-baru ini telah dilanjutkan kepada pemeriksaan individu, bermula dengan pendatang di terminal kapal persiaran.