Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara raikan bakal jemaah haji kembali diadakan

Jun 10, 2023 | 07:02 PM



Seramai 40 jemaah haji yang menetap di kawasan Marine Parade kini bersiap sedia untuk berlepas ke tanah suci.

Pada Sabtu, satu acara besar-besaran mengucapkan selamat jalan untuk golongan jemaah haji telah kembali diadakan setelah terhenti akibat pandemik Covid-19.

Diadakan di Masjid Darul Aman, ia turut dihadiri Speaker Parlimen dan penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC Marine Parade, Encik Tan Chuan-Jin.

Acara pada pagi Sabtu itu adalah anjuran bersama M Kuasa Tiga (M3) @ Geylang Serai dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelompok Marine Parade.


Ia juga merupakan daya usaha pertama meraikan bakal jemaah haji yang melibatkan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Masjid Darul Aman.

Sesi perkongsian juga disediakan semasa acara selama dua jam itu, dengan para jemaah berpeluang bertanyakan soalan berkaitan haji kepada Ustaz Ridzwan Abdul Manap. 

Ini termasuk kepentingan serta persiapan haji dan jangkaan apabila tiba di Arab Saudi. 

Antara jemaah yang hadir ialah Cik Azizah Dawood, 72 tahun, yang akan menunaikan ibadah haji buat pertama kali dan melaksanakannya bersendirian.

Beliau bersyukur mendapat pengesahan untuk ke tanah suci pada Februari lalu selepas 13 tahun menunggu.

Cik Azizah bagaimanapun sedikit bimbang tentang keadaan kesihatan yang mungkin dialami warga senja sepertinya di sana.

Apatah lagi, Jun merupakan musim panas di Arab Saudi.

“Saya hanya berdoa bahawa semuanya berjalan dengan lancar dan Allah swt dapat melindungi saya di sana,” ujar beliau.


Para jemaah juga diberikan sejadah, kipas mudah alih dan miswak, yang boleh digunakan ketika menjalani ibadah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >