Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

479, termasuk 81 remaja, disyaki terlibat dalam kes tipu lebih $9.6j

Oct 20, 2023 | 08:28 PM



Seramai 479 orang, merangkumi ‘keldai wang’ dan penipu, ditangkap dalam operasi dua minggu kerana dipercayai terlibat dalam lebih 1,400 kes penipuan di mana mangsa dilaporkan kerugian lebih $9.6 juta.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, polis berkata pada Jumaat bahawa 81 daripada suspek adalah remaja.


Daripada 479 suspek berusia antara 13 dengan 77 tahun itu, 332 adalah lelaki dan 147 wanita.

Penipuan itu melibatkan perisian hasad, pelaburan, cinta Internet, penyamaran sebagai pegawai pemerintah dan pelbagai kaedah pancingan data.


Mereka sedang disiasat atas dakwaan kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Operasi itu dijalankan antara 29 September dengan 19 Oktober.

Kesalahan menipu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, manakala mereka yang disabitkan kesalahan pengubahan wang haram boleh dipenjara hingga 10 tahun, denda hingga $500,000, atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Mengendalikan perniagaan untuk menyediakan sembarang jenis khidmat pembayaran tanpa lesen membawa hukuman penjara hingga tiga tahun, denda hingga $125,000, atau kedua-dua hukuman.

Untuk mengelak daripada bersubahat dengan jenayah, polis menasihatkan orang ramai agar menolak permintaan sesiapa sahaja untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka kerana mereka akan bertanggungjawab jika ia dikaitkan dengan jenayah.

Menurut perangkaan penipuan pertengahan tahun yang dikeluarkan polis pada September, jumlah mangsa meningkat pada separuh pertama 2023 daripada tempoh sama pada 2022.

Namun, jumlah wang yang lesap berkurangan.

Sebanyak 22,339 kes penipuan dilaporkan dari Januari hingga Jun 2023, meningkat 64.5 peratus daripada 13,576 dalam tempoh sama tahun lepas, manakala kerugian berkurangan sedikit kepada $334.5 juta, daripada $342.1 juta.

Orang ramai boleh ke laman web www.scamalert.sg atau hubungi talian 1800-722-6688 untuk mengetahui lebih lanjut tentang kes penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >