Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 dilantik Duta Singapura ke AS, Jepun, Filipina

May 30, 2023 | 08:18 PM



PEMERINTAH telah melantik Encik Lui Tuck Yew sebagai Duta Singapura seterusnya ke Amerika Syarikat, Encik Ong Eng Chuan, sebagai Duta Singapura seterusnya ke Jepun dan Cik Constance See Sin Yuan sebagai Duta Singapura seterusnya ke Filipina.

Duta-duta itu menerima Watikah Tauliah oleh Presiden Halimah Yacob dalam satu upacara di Istana pada 30 Mei menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang dikeluarkan pada Selasa.

Dalam catatan di Facebook, Puan Halimah berkata beliau mengalu-alukan sumbangan mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala Singapura.

Encik Liu merupakan Duta Besar Singapura ke China dari 2019 hingga 2023 dan Duta Singapura ke Jepun dari 2017 hingga 2019.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan Menteri Pengangkutan dari 2011 hingga 2015 dan pada masa yang sama Menteri Kedua Hal Ehwal Luar dari 2011 hingga 2012 dan Menteri Pertahanan Kedua pada 2015.

Sebelum menyertai politik, Encik Lui merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Lembaga Perumahan dan Pembangunan dari 2005 hingga 2006.

Encik Lui lulus dari Kolej Trinity, Universiti Cambridge dengan ijazah dalam Kimia pada tahun 1983. Beliau memperoleh Sarjana dalam Perhubungan Antarabangsa dari Sekolah Fletcher, Universiti Tufts, Amerika Syarikat pada tahun 1994.

Beliau dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa) (Ketenteraan) pada 1993, Pingat Pentadbiran Awam (Emas) (Ketenteraan) pada 2000 dan Pingat Perkhidmatan Lama pada 2005.

Encik Liu dan isteri, Cik Teng Soo Fen, mempunyai dua anak.

Encik Ong pula merupakan Timbalan Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Ehwal Luar dari 2016 hingga 2023.

Sebelum itu, beliau adalah Duta Singapura ke Belgium dengan akreditasi serentak ke Kesatuan Eropah, Belanda dan Luxembourg dari 2012 hingga 2016.

Encik Ong menyertai Kementerian Ehwal Luar pada 1994. Beliau berkhidmat dua kali di Kedutaan Singapura di Tokyo, sebagai Setiausaha Pertama dari 1996 hingga 2000, dan kemudian sebagai Timbalan Ketua Perwakilan dari 2005 hingga 2008.

Encik Ong lulus dari Institut Teknologi Tokyo, Jepun dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan pada tahun 1993, di bawah Biasiswa Monbusho Kerajaan Jepun.

Beliau dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 2014 dan Pingat Perkhidmatan Lama pada 2017.

Beliau dan isteri, Cik Esther Phau Boon See, mempunyai seorang anak perempuan.

Cik See pula merupakan Ketua Pengarah Direktorat Asia Tenggara II, Kementerian Ehwal Luar dari 2017 hingga 2023.

Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Wakil Perdagangan dan Menteri-Kaunselor di Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei dari 2014 hingga 2017.

Sejak menyertai Kementerian Ehwal Luar pada 2001, Cik See telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam isu berkaitan Asia Tenggara, Pertubuhan Antarabangsa dan Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara.

Cik See juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama (Politik) di Kedutaan Singapura di Washington dari 2005 hingga 2008.

Beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >