Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

RENCANA

Penjagaan paliatif: Penuhi keperluan penduduk semakin tua

Tumpuan paliatif bertujuan sedia penjagaan holistik penuh belas ihsan kepada individu
May 29, 2023 | 05:39 PM



MENJELANG 2030, satu daripada empat warga Singapura akan berusia 65 tahun ke atas dan penjagaan paliatif menjadi genting dalam masyarakat yang semakin tua.

Encik Bernie Poh, ketua pegawai eksekutif, Allium Healthcare, penyedia dalam sektor penjagaan warga emas, berkata penjagaan paliatif memainkan peranan penting dalam sistem penjagaan kesihatan Singapura.

Ini bagi memastikan mereka yang berpenyakit serius menerima penjagaan menyeluruh, penjagaan khusus pesakit yang tertumpu kepada meningkatkan mutu kehidupan mereka dan memberikan sokongan kepada keluarga sepanjang dalam penjagaan itu.

Dalam Pelan Tindakan Penuaan Berjaya 2023, Kementerian Kesihatan (MOH) bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan dan penjagaan masyarakat untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti penjagaan paliatif, di samping turut menyediakan sokongan yang lebih baik untuk penjaga di rumah.

Encik Poh menambah: “Secara keseluruhannya, tumpuan pada penjagaan paliatif bertujuan menyediakan penjagaan holistik dan penuh belas ihsan kepada individu yang mempunyai penyakit serius, dengan memastikan keselesaan, maruah dan kesejahteraan mereka semasa peringkat akhir kehidupan mereka terjaga.”

Antara cabaran yang dihadapi oleh pesakit dan penjaga dalam penjagaan paliatif adalah pertimbangan ke atas budaya dan bahasa, serta akses dan ketersediaan penjagaan tersebut.

Dalam masyarakat berbilang budaya Singapura, perkhidmatan penjagaan paliatif harus sensitif budaya, dengan mengambil kira nilai, kepercayaan dan keutamaan individu, kata Encik Poh.

Menyedari bahawa akses kepada perkhidmatan penjagaan paliatif terhad, terutama di bahagian tertentu atau persekitaran penjagaan kesihatan, beliau berkata:

“Akses saksama kepada penjagaan paliatif yang merentasi persekitaran penjagaan yang berbeza, termasuk hospital, rumah jagaan dan penjagaan masyarakat, adalah pertimbangan penting.”

Untuk menyediakan penjagaan paliatif bermutu tinggi dan berpusatkan pesakit, beliau berkata penyedia harus mengutamakan beberapa aspek utama.

Ini termasuk mengamalkan pendekatan holistik yang menangani keperluan fizikal, emosi dan psikologi pesakit dan keluarga mereka.

Di samping itu, ia turut memastikan komunikasi yang berkesan, dengan memberikan tumpuan kepada perbualan terbuka dan penuh belas ihsan serta menghormati nilai yang dipegang pesakit.

Kepakaran dalam pengurusan gejala, yang penting juga bagi meningkatkan mutu kehidupan pesakit.

Satu cara yang berkesan untuk memenuhi keperluan populasi yang semakin tua, jelas Encik Poh, adalah dengan menyepadukan penjagaan paliatif ke dalam kurikulum perubatan dan kejururawatan, dengan menyediakan pengamal penjagaan kesihatan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan agar dapat menawarkan penjagaan yang penuh belas ihsan dengan pesakit menjadi tumpuan.

Selain itu, kerjasama antara disiplin dalam kalangan kumpulan penjagaan kesihatan boleh menyediakan penjagaan holistik; dan melabur dalam penyelidikan dan inovasi boleh membawa kepada rawatan dan campur tangan baru untuk meningkatkan mutu hidup pesakit yang menghidap penyakit di peringkat lanjut.

“Menyepadukan penjagaan paliatif dengan penjagaan utama boleh memastikan pesakit menerima penjagaan berterusan dan diselaraskan sepanjang keadaan mereka,” katanya.

Encik Poh berkata penjaga juga tidak boleh diabaikan – penyediaan program sokongan boleh meringankan beban mereka dan membolehkan mereka menawarkan penjagaan yang lebih baik untuk orang tersayang.

Bagi memastikan penjagaan paliatif dapat diberikan kepada semua yang memerlukannya, Encik Poh mencadangkan agar pemerintah memperuntuk dana dan menyediakan sokongan melalui subsidi kewangan, geran dan insentif untuk menggalakkan sektor swasta menawarkan penjagaan paliatif yang “berpatutan dan boleh diakses”.

Anggaran kos untuk penjagaan hospis pesakit dalam adalah kira-kira $7,000 sebulan, seperti yang tertera di platform kesihatan digital pemerintah HealthHub.

Kerjasama awam-swasta boleh dibentuk untuk mewujudkan kemudahan penjagaan paliatif di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, memanfaatkan prasarana dan sumber yang dikongsi, katanya.

Rangkaian penjagaan bersepadu juga boleh dibangunkan untuk memastikan penjagaan yang diselaraskan dan lancar, merentas persekitaran penjagaan kesihatan yang berbeza, dengan komunikasi yang berkesan dan perkongsian maklumat antara penyedia awam dengan swasta.

Bagaimanapun, untuk mengatasi dan memastikan jumlah kakitangan terlatih mencukupi, Encik Poh menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk menutup jurang sedia ada

Ini adalah seperti:

– Meningkatkan peluang pendidikan dan latihan dengan memperluaskan program penjagaan paliatif, dan menyediakan insentif dan biasiswa untuk menarik golongan karyawan;

– Memupuk kerjasama dengan menggalakkan kerjasama antara disiplin melalui program latihan bersama dan berkongsi peluang pembelajaran;

– Meningkatkan kesedaran tentang ganjaran bekerja dalam penjagaan paliatif dan kesan positifnya terhadap kehidupan pesakit;

– Memperbaiki persekitaran kerja dan menyediakan sokongan kepada kakitangan melalui peningkatan dasar sokongan, beban kerja yang lebih terurus dan sumber;

– Menarik dan mengekalkan karyawan penjagaan kesihatan dengan strategi yang disasarkan, laluan kerjaya, program bimbingan dan pampasan kompetitif.

Allium Healthcare, anak syarikat milik sepenuhnya syarikat induk pelaburan GK Goh Holdings, komited untuk melabur dalam perkhidmatan penjagaan warga emas, kata Encik Poh.

Ia kini mengendalikan Allium Care Suites, kemudahan penjagaan khusus di Venus Drive yang menyediakan penjagaan peribadi dan keselesaan untuk mereka yang menghidap penyakit peringkat lanjut.

Perkhidmatan dan pendekatannya adalah sejajar dengan prinsip dan matlamat penjagaan paliatif, tambahnya.

Ini termasuk pengurusan keselesaan dan gejala, penjagaan holistik, sokongan emosi dan psikososial, penyelarasan penjagaan, penglibatan keluarga, dan keselesaan dan kualiti hidup yang dipertingkatkan.

“Unsur-unsur ini menyumbang kepada meningkatkan mutu hidup keseluruhan bagi individu yang menerima rawatan paliatif,” ujar Encik Poh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >