Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Mengapa konsep wasiat jarang dipertimbang masyarakat?

Kepekaan wasiat sebagai kaedah pembahagian harta penting terutama demi kemaslahatan anak tiri, anak angkat serta pertubuhan, badan kebajikan
Jan 12, 2023 | 05:30 AM



KONSEP wasiat sebagai satu kaedah pembahagian harta bukanlah merupakan sesuatu yang asing bagi masyarakat Singapura.



Namun, dalam kalangan masyarakat Islam di Singapura, ia jarang sekali dipertimbangkan dan umumnya dianggap tidak relevan bagi pembahagian harta seseorang Muslim.



Sayangnya, kurang kepekaan dalam isu ini telah menjejas khususnya keluarga yang mempunyai tanggungan lain seperti anak angkat, anak tiri atau cucu.



Dalam podcast #NoTapis: Merancang Legasi Anda kali ini, isu ini dikupas dengan lebih mendalam bagi menjelaskan makna dan fungsi wasiat serta bagaimana ia amat relevan bagi masyarakat Islam.



Podcast ini bertujuan membantu masyarakat lebih memahami perkara ini menerusi cara yang santai tapi berisi dan dari lensa pandangan pakar.



Siri podcast enam episod ini, yang diterbitkan sepanjang bulan ini, adalah sebahagian kerjasama Berita Harian (BH) dengan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai perancangan kewangan secara Islam dan perancangan untuk meninggalkan hartanah sebagai legasi demi memanfaatkan masyarakat.



Perbincangan bagi episod kedua ini dianggotai Ketua Perhubungan Strategik dan Penglibatan Masyarakat Masjid En-Naeem, Ustaz Khairani Basiran, dan Pengarah Urusan Deansgate Barakah Law Corporation, Encik Ezra Bunyamin.



Selain itu, Encik Wan Yusuf Abdullah, seorang anak angkat kepada sepasang suami isteri, telah berkongsi pengalaman peribadi beliau yang menyayat hati dan bagaimana dengan ketiadaan wasiat telah mengubah kehidupannya menyusuli pemergian ibu bapa angkatnya.



Salah satu tanggapan masyarakat Islam yang kurang tepat tentang wasiat ialah ia hanya perlu jika seseorang mempunyai harta yang banyak.



Menurut Ustaz Khairani, wasiat itu bukan sekadar memberikan atau mengagihkan harta kepada orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa bahagian dalam faraid, tetapi wasiat ini juga merupakan satu cara bagi kita untuk menyampaikan nasihat atau menjalankan tanggungjawab seseorang.



Kata Ustaz Khairani lagi: "Dalam hadis, Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa tidak sepatutnya bagi seseorang Muslim untuk tidur dua malam berturut-turut tanpa disiapkan wasiat."



Ini menunjukkan betapa pentingnya penyediaan wasiat dalam Islam.



Jika begitu, mengapakah masyarakat Islam Singapura masih kurang peka tentang wasiat?



"Ini kerana sudah adanya faraid dan pemahaman kurang sempurna tentang wasiat, terutama sekali bagi keluarga yang mempunyai anak lelaki," kata beliau lagi.



Kepentingan wasiat ini ditekankan juga oleh Encik Ezra yang berkata dengan adanya wasiat, seseorang boleh berikan sepertiga hartanya kepada anak tiri, anak angkat serta pertubuhan atau badan-badan kebajikan.



Menurutnya, mengikut hukum Islam, sepertiga daripada harta peninggalan seseorang Muslim itu boleh dibahagikan kepada orang-orang yang bukan nasab melalui wasiat, asalkan wasiat itu dibuat mengikut undang-undang dan secara sah.



Untuk mendengar lanjut perbincangan tentang topik ini, anda boleh mengikutinya di Spotify #NoTapis, imbas kod QR atau lungsuri laman web di beritaharian.sg/podcasts.




"Ini kerana sudah adanya faraid dan pemahaman kurang sempurna tentang wasiat, terutama sekali bagi keluarga yang mempunyai anak lelaki."



- Ketua Perhubungan Strategik dan Penglibatan Masyarakat Masjid En-Naeem, Ustaz Khairani Basiran, mengenai kemungkinan mengapa masyarakat Islam Singapura masih kurang peka tentang wasiat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >