Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

HomeTeamNS iktiraf peranan ibu, isteri NSMen

May 16, 2023 | 05:30 AM



KEDEDUA ibu dan isteri memainkan peranan penting dalam memastikan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dapat mengimbangi tanggungjawab pada keluarga dan negara.



Begitulah yang dikongsikan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dalam pelancaran semula kempen Everyday HERoes oleh HomeTeamNS pada Ahad.



Pelancaran tersebut diadakan di HomeTeamNS Bedok Reservoir dan dihadiri 100 NSmen serta ibu-ibu dan isteri-isteri mereka.



Di bawah kempen ini, ibu-ibu dan isteri-isteri kepada anggota biasa HomeTeamNS yang mempunyai tempoh keahlian sekurang-kurangnya dua tahun, layak memohon keahlian keluarga HomeTeamNS dengan bayaran nominal $10.



HomeTeamNS juga akan meluaskan faedah keanggotaan keluarganya untuk menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang mengutamakan wanita, seperti khidmat kesihatan dan kesejahteraan wanita, fesyen dan kecantikan untuk menyokong keperluan sosial, gaya hidup dan rekreasi mereka.



"Melalui kempen ini, kami berharap ibu-ibu dan isteri-isteri NSmen akan berasa lebih dihargai... Peluasan faedah-faedah keanggotaan juga dapat menyokong mereka mencapai aspirasi sambil menyediakan ruang untuk bersama keluarga dan menjalin ikatan," jelas Ketua Eksekutif HomeTeamNS, Cik Agnes Eu.



Kempen ini disasar untuk memanfaatkan sekitar 15,000 ibu dan isteri kepada NSmen.



Semasa pelancaran tersebut, sebuah pertunjukan fesyen yang berasaskan tema pemerkasaan dan keterangkuman juga turut diadakan.



Pertunjukan yang diperagakan NSmen dan ahli keluarga mereka dengan kerjasama jenama fesyen Shein itu, meraikan sumbangan ibu-ibu dan isteri-isteri mereka.



Kerjasama tersebut juga adalah pelung bagi keluarga NSmen memilih pakaian daripada koleksi Shein yang sesuai dengan personaliti mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >