Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abang akui salah cuba rogol adik perempuan

May 29, 2023 | 06:03 PM



SEORANG bapa tiga anak melaporkan anak lelakinya kepada polis selepas mendapat tahu remaja itu cuba memperkosa adik perempuannya.

Adiknya berusia lapan tahun apabila remaja itu kali pertama menyerangnya secara seksual pada 2020.

Selepas itu, remaja tersebut, yang kini berusia 17 tahun, menyerang adiknya sekali lagi pada 2022.

Pada Isnin, remaja itu mengaku bersalah bagi satu tuduhan cuba merogol dan satu tuduhan penembusan seksual. Dia tidak boleh dinamakan kerana atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.

Adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa, abang dan nenek mereka di sebuah flat ketika serangan itu berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Adelle Tai berkata pada Jun 2020, remaja itu sedang bermain permainan video dalam bilik tidur mangsa, sementara mangsa sedang menonton video di telefon bimbit, apabila dia cuba memperkosanya.

Mangsa keliru dan tidak membantah. Selepas itu, remaja itu mengambil gambar bahagian tubuh adiknya.

Remaja itu didapati telah menghapuskan gambar itu, tetapi memberitahu seorang rakannya mengenai insiden itu dua bulan kemudian. Dia memberitahu rakannya yang dia ingin mengadakan hubungan seks dengan adiknya itu.

Antara 5 Februari dengan 27 Julai 2022, remaja itu menyerang adiknya lagi semasa mereka berada di rumah bersama abang mereka. 

Ketika itu, remaja tersebut berada dalam bilik tidur adiknya, yang berusia antara sembilan dengan 10 tahun ketika itu.

Dia gagal menembusi adiknya secara seksual.

DPP Tai berkata remaja itu berbohong apabila ditanya ibu mereka.

Perbuatan remaja itu hanya diketahui selepas rakan remaja itu memberitahu guru-guru sekolah mereka mengenai insiden tersebut. 

Pengetua sekolah menemui remaja itu dan ibu bapanya pada 27 Julai 2022 dan bapanya membuat laporan polis pada Ogos.

Pada Isnin, mahkamah meminta laporan untuk menilai kesesuaian remaja itu bagi program probesen dan pemulihan.

Orang muda yang dikenakan program pemulihan ditahan di sebuah tempat dan diarah mengikuti satu peraturan ketat yang termasuk kawat dan kaunseling. 

Kes itu ditangguh ke 19 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >