Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Zahid sahkan ada titah diraja bagi Najib jalani hukuman tahanan di rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Zahid sahkan ada titah diraja bagi Najib jalani hukuman tahanan di rumah

Apr 17, 2024 | 05:26 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan kewujudan titah adendum (tambahan) yang diberikan kepada mantan perdana menteri, Najib Tun Razak, bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.


Datuk Ahmad Zahid, yang juga presiden Umno, berkata pada 17 April bahawa beliau menyokong dakwaan wujudnya titah adendum itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April.

Beliau mendakwa bahawa dalam satu pertemuan di rumahnya pada 30 Januari, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 itu.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum itu, dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya bertarikh 29 Januari 2024.

“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh (mantan) Yang di-Pertuan Agong (Sultan Abdullah Ahmad Shah).

“Saya juga percaya selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain telah melihat titah adendum tersebut.

“Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, juga telah melihat salinan titah adendum itu dan boleh mengesahkan perkara sama,” lapor MalaysiaKini.


Pada 4 April, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan bahawa seorang “saksi penting” dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong semakan kehakiman Najib untuk menghabiskan baki tempoh hukuman penjara enam tahunnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta ($11.94 juta) di bawah tahanan di rumah.

Pada 29 Januari, Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Sultan Abdullah mengumumkan keputusan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun, manakala dendanya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib, 70 tahun, kemudian memohon kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan apa yang didakwanya sebagai titah adendum (tambahan) Agong berkaitan keputusan pengampunan diraja itu.

Beliau memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 1 April, ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang dalam kes rasuah SRC International.

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa bahawa titah adendum dalam pengampunan diraja itu membenarkan dia menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan di rumah.

Sementara itu, media tidak dibenarkan membuat liputan prosiding permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung titah adendum itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 April.

Menurut Berita Harian Malaysia, prosiding itu berlangsung di Mahkamah Tinggi bagi membolehkan Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan identiti “saksi kritikal” yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.


Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jun bagi memutuskan permohonan Najib berhubung titah adendum itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >