Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Selangor FC ‘tidak akan hadir’ perlawanan buka tirai Liga M dek pemain diserang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Selangor FC ‘tidak akan hadir’ perlawanan buka tirai Liga M dek pemain diserang

Keputusan dibuat lepas Liga Bolasepak Malaysia
tolak permohonan tunda perlawanan
May 09, 2024 | 05:01 PM



KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) memutuskan untuk “tidak hadir” di perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei.


Tindakan itu diambil demi keselamatan pemain dan kakitangannya, kata kelab bola sepak itu.

Keputusan itu dibuat kelab terbabit selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak permohonan mereka untuk menunda perlawanan tersebut.

SFC dalam satu kenyataan pada 8 Mei memaklumkan “keputusan sukar” tidak akan hadir di perlawanan itu diambil selepas penelitian dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak.

Kelab itu memaklumkan ini berikutan rentetan kejadian jenayah serta ancaman yang baru berlaku membabitkan beberapa pemain dan pegawai pasukannya dalam tempoh hanya 72 jam, lapor Berita Harian Malaysia.


“Pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang sudah lama kelab ini nantikan.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius segala bentuk keganasan dan ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” kata SFC.

MFL dalam kenyataannya, bagaimanapun, menolak permohonan SFC dan memutuskan semua perlawanan Liga Malaysia (Liga M) yang akan berlangsung minggu ini akan dijalankan mengikut jadual, termasuk perlawanan Piala Sumbangsih.

Justeru, dengan keputusan yang dibuat SFC itu ia berkemungkinan menyaksikan JDT diberikan kemenangan percuma.

Keganasan terhadap pemain bola sepak ketika ini menggusarkan banyak pihak, dengan pemain Selangor, Faisal Halim, sedang dirawat di hospital selepas menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei.

Pemain JDT, Safiq Rahim, pula diserang dua lelaki menaiki motosikal yang memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi di Johor Bahru pada 7 Mei.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, melahirkan rasa kecewa menyusuli keputusan MFL akan meneruskan perlawanan antara dua pasukan itu.

Dalam satu kenyataan, beliau memberi sokongan penuh kepada keputusan SFC yang memutuskan menarik diri daripada aksi pembuka tirai Liga M itu.

Beliau menambah bahawa keputusan SFC untuk tidak menyertai perlawanan itu adalah tepat berikutan beberapa insiden mengancam nyawa membabitkan pemain dan pegawai baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >