Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pemangku Sultan Johor mahu Adun hapus miskin tegar jelang akhir 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pemangku Sultan Johor mahu Adun hapus miskin tegar jelang akhir 2025

May 09, 2024 | 01:54 PM



ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mahu seluruh ketua isi rumah rakyat Johor yang miskin tegar di negeri itu dibantu keluar daripada status tersebut secara sepenuhnya menjelang akhir 2025.


Beliau memberi tempoh 19 bulan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Johor supaya mencari dan mengenal pasti golongan terbabit di kawasan masing-masing.

Tunku Mahkota Ismail berkata tempoh 19 bulan akan datang penting bagi Adun menyalurkan segala bantuan yang diperlukan golongan berkenaan.

“Adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan semua bangsa Johor mempunyai makanan di atas meja masing-masing, tempat tinggal, akses pendidikan berkualiti untuk anak-anak Johor, serta akses kepada kemudahan asas dan kesihatan yang baik.

“Saya menitahkan supaya tiada seorang pun ketua isi rumah bangsa Johor yang berstatus miskin tegar selepas 2025.

“Dalam jangka masa 19 bulan akan datang, sila cari dan kenal pasti di kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) anda (Adun), siapa yang tergolong dalam kategori ini.

“Berikan segala bantuan yang diperlukan melalui agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) atau swasta untuk membantu mereka,” kata Tunku Mahkota Ismail dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan Persidangan Ketiga DUN Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, Johor, pada 9 Mei, lapor Berita Harian Malaysia.


Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail meminta kesemua 56 Adun daripada pihak kerajaan dan pengimbang supaya terus berkhidmat kepada rakyat negeri dalam keadaan ekonomi sejagat yang tidak menentu sekarang.

“Saya amat memahami keresahan bangsa Johor... situasi ekonomi global tidak menentu, khususnya isu-isu peningkatan kos sara hidup, kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan dan ketidakstabilan harga.

“Ingin saya mengingatkan anda semua ini adalah tanggungjawab terbesar anda sebagai Adun di Johor. Tolong berkhidmat untuk rakyat dan jangan sesekali lupa akan tanggungjawab ini,” katanya.

Tunku Mahkota Ismail juga mahu kerajaan negeri meneruskan projek menyantuni rakyat supaya kesejahteraan sosial terus terjamin untuk seluruh bangsa Johor.

“Ini termasuk program bantuan sosial, pembangunan infrastruktur yang mencukupi dan inisiatif pendidikan inklusif meliputi semua peringkat masyarakat,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >