Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

MB Perlis kekal fokus walau ada desakan letak jawatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MB Perlis kekal fokus walau ada desakan letak jawatan

May 03, 2024 | 01:17 PM



KANGAR: Menteri Besar Perlis, Encik Mohd Shukri Ramli, kekal fokus untuk terus mentadbir urus kerajaan negeri Perlis meskipun terdapat desakan supaya beliau meletak jawatan.


Ia susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya baru-baru ini atas dakwaan salah guna kuasa.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Perlis itu berkata desakan untuknya berundur hanya timbul di media sosial dan bukan kemahuan parti atau pentadbiran negeri.

“Itu hak semua orang sebab negara ini diberikan kebebasan untuk bercakap, jadi bagi ruang kepada mereka, tetapi saya masih lagi Menteri Besar Perlis. Fokus saya adalah terus uruskan negeri, insya-Allah,” katanya lapor Harian Metro.


Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Perlis, Encik Abu Bakar Hamzah, pada 2 Mei berkata Bersatu Perlis sedia menggalas tanggungjawab pimpinan negeri itu sekiranya wakil parti itu diminta berbuat demikian susuli rentetan krisis integriti melanda kepimpinan negeri itu sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata pihaknya sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan, namun sebarang keputusan kedudukan Menteri Besar Perlis tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, dan keputusan pimpinan tertinggi PN Pusat.

Mengenai penahanannya pada 30 April lalu, Encik Mohd Shukri berkata SPRM mengambil keterangan selama lapan jam dan beliau tidak diberkas.

“Bukan ditahan terus... peguam ikut saya. Penahanan itu hanyalah untuk membantu siasatan. Saya sebenarnya menerima penyiasatan oleh SPRM ini dengan hati yang terbuka.

“Mungkin ini memberi ruang untuk saya lebih berdisiplin lagi (dalam) memastikan pembersihan dalam pentadbiran saya selaku ketua kerajaan negeri. Malah, sekiranya ada keperluan mungkin saya akan dipanggil dan saya bersedia untuk itu,” terangnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebelum ini berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan ke atas Menteri Besar Perlis berhubung dakwaan salah guna kuasa dan tidak menolak akan memanggilnya semula bagi membantu siasatan.

Sementara itu Menteri Besar Perlis itu berkata dua penjawat awam kerajaan negeri termasuk seorang pegawai kanannya yang sedang disiasat SPRM atas dakwaan memalsukan dokumen bagi tujuan tuntutan palsu sudah diarahkan bercuti daripada tugas masing-masing.

Encik Mohd Shukri berkata mereka daripada enam individu yang disiasat SPRM dua minggu lalu, dengan empat individu lagi adalah kontraktor.

“Dua penjawat awam negeri ini sudah pun bercuti daripada tugasan mereka selepas dibebaskan (dengan jaminan), manakala yang lainnya bukan penjawat awam. Berkemungkinan yang lain itu sudah pun jalankan perniagaan (seperti biasa),” katanya lagi.

Dua penjawat awam yang ditahan adalah pembantu juruteknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan seorang pegawai kanan kepada Menteri Besar Perlis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >