Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kru sihat, helikopter selamat untuk terbang: Laporan awal nahas helikopter TLDM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kru sihat, helikopter selamat untuk terbang: Laporan awal nahas helikopter TLDM

May 09, 2024 | 03:52 PM



KUALA LUMPUR: Lembaga Siasatan dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, yang mengorbankan 10 nyawa pada 23 April, mendedahkan lima fakta dalam laporan awal yang dikeluarkan pada 9 Mei berhubung tragedi itu.


Laporan awal TLDM itu menyatakan kesemua kru yang terbabit dalam insiden itu berada pada tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan tahap kelayakan penerbangan kru udara terlibat juga masih sah dan tidak tamat tempoh.

“Fakta kedua, dua helikopter itu disahkan berada dalam keadaan layak terbang semasa hari kejadian.

“Ketiga, kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak pengilang peralatan tulen (OEM).

“Keempat, keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

“Kelima, pesawat HOM AW139 mempunyai kotak hitam, manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada tahun 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan berkenaan,” kata TLDM dalam satu kenyataan di sini pada 9 Mei, lapor Berita Harian Malaysia.


Pada 23 April, 10 mangsa terdiri daripada anggota dan pegawai TLDM, iaitu tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM, terkorban selepas dua helikopter itu terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bagi sambutan ulang tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Mengulas mengenai kotak hitam, TLDM menyatakan data yang dianalisis daripada perakam data penerbangan atau kotak hitam pesawat HOM AW139 diterima daripada pihak OEM pada 3 Mei untuk penilaian lanjut oleh Lembaga Siasatan.

TLDM berkata pihaknya turut meneliti dua faktor aspek dalam usaha mengenal pasti punca atau faktor penyumbang kepada tragedi itu, termasuk menganalisis semua profil penerbangan pada hari kejadian, dengan melakukan simulasi menggunakan simulator penerbangan dan juga pesawat sebenar.

“Selain itu, mendapatkan bantuan dan pandangan daripada pihak Airbus Helicopter sekiranya terdapat data pada peralatan pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan.

“Lembaga Siasatan akan terus mengenal pasti aspek berkaitan yang perlu diteliti dengan lebih mendalam dan menyediakan Laporan Akhir secara menyeluruh dan terperinci.

“TLDM memberi jaminan bahawa siasatan ini dilaksanakan dengan telus dan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan berusaha untuk menyiapkan Laporan Akhir, yang dijangka siap pada 29 Mei,” katanya.

TLDM menambah bahawa ia akan terus berusaha untuk memastikan aspek kebajikan ahli keluarga mangsa nahas diuruskan dengan sebaik-baiknya, terutamanya berhubung ganjaran dan faedah sesuai dengan kelayakan masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >