Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Indeks kebebasan media di M’sia turun ke tangga 107

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Indeks kebebasan media di M’sia turun ke tangga 107

May 03, 2024 | 03:54 PM



PETALING JAYA (Selangor): Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia pada 2024 jatuh 34 anak tangga ke kedudukan ke-107, berbanding tangga ke-73 pada 2023.


Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF) pada 3 Mei menunjukkan Malaysia memperoleh skor 52.07 mata.

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan pada 2023, Malaysia memperoleh skor 62.83 mata apabila melonjak 40 anak tangga ke kedudukan ke-73 berbanding pada 2022 apabila menduduki tangga ke-113 dengan 51.55 mata.


Berada di tangga ke-107 bermakna Malaysia berada di bawah negara jiran Thailand (87), tetapi di kedudukan kedua dalam kalangan negara Asean iaitu Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Bagaimanapun, Malaysia berada di tangga bawah negara seperti Nepal (74), Serbia (98), Israel (101), Mozambique (105), dan Maldives (106).

Indeks yang diterbitkan di laman web RSF itu membandingkan tahap kebebasan media di 180 negara dan rantau di seluruh dunia.

Pada 2023, Amnesty International mendakwa kebebasan bersuara di Malaysia merosot selepas lebih setahun Kerajaan Perpaduan berkuasa.

Amnesty International juga mendakwa Kerajaan Perpaduan gagal memberi komitmen untuk menambah baik undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara, mengancam ruang awam dan terus melanggar hak asasi manusia.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan yang juga Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil, menafikan dakwaan itu dan berkata tiada wartawan ditangkap atau ada portal berita yang ditutup sepanjang Kerajaan Perpaduan berkuasa.

Encik Fahmi juga menegaskan “ada perbezaan antara kebebasan bersuara dengan fitnah”.

Kumpulan hak asasi manusia, Lawyers for Liberty (LFL), menyelar kenyataan Encik Fahmi berhubung laporan Amnesty International itu.

Pengarah LFL, Encik Zaid Malek, berkata tindakan Encik Fahmi menggunakan justifikasi fitnah sebagai alasan untuk menyekat kebebasan bersuara adalah tidak jujur, berdolak-dalik dan hipokrit.

Katanya, penafian Encik Fahmi terhadap laporan Amnesty itu dilihat sebagai tidak mengendahkan bahawa demokrasi yang sihat dan berfungsi tidak seharusnya menggunakan undang-undang untuk menyekat sebarang kritikan atau perbezaan pendapat terhadap kerajaan sedia ada.

Ahli Parlimen (AP) Muar yang juga mantan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum ini mendakwa kebebasan untuk bersuara ketika pimpinan Kerajaan Perpaduan sudah semakin pudar.

Menurutnya, sekatan dilakukan kerajaan sangat luar biasa kerana kebanyakan hantaran di media sosial berkaitan keadaan atau masalah sebenar yang dihadapi kini akan dihapus atau diturunkan serta-merta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >