Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bakal presiden baru Indonesia dan kaitannya dengan M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bakal presiden baru Indonesia dan kaitannya dengan M’sia

Feb 15, 2024 | 11:17 AM



JAKARTA: Seorang alumni (bekas pelajar) Victoria Institution (VI) yang berprestij di Kuala Lumpur bakal menjadi presiden kelapan Indonesia. Alumni itu adalah Encik Prabowo Subianto.


Dalam beberapa kiraan pantas menyusuli Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Februari, hasilnya menunjukkan beliau mendahului dengan lebih 58 peratus undian berbanding dua pesaingnya – mantan gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, dan mantan gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, masing-masing meraih kira-kira 25 peratus dan 17 peratus.

Encik Prabowo, 72 tahun, yang juga Presiden parti Gerindra, belajar di VI di Jalan Hang Tuah dari 1962 hingga 1964, lapor The Star.


Dalam lawatan rasmi ke Malaysia sebagai Menteri Pertahanan pada November 2019, Encik Prabowo berkata ia seperti “pulang ke rumah”.

“Ia seperti pulang ke kampung (pulang ke rumah) bagi saya. Kuala Lumpur mengingatkan saya pada zaman muda saya... saya bersekolah dan dibesarkan di sini,” kata Menteri Pertahanan itu kepada media semasa lawatan itu.

Mendiang bapa Prabowo, Encik Sumitro Djojohadikusumo, pernah memegang jawatan menteri di bawah pentadbiran Presiden Sukarno dan Presiden Suharto antara 1950 dengan 1978.

Encik Sumitro berada dalam buangan politik ekoran timbul perbezaan dengan Presiden Sukarno pada 1960-an dan berada di Singapura, Malaysia, Thailand, Switzerland, dan Britain.

Ibu Encik Prabowo pula ialah mendiang Cik Dora Maria Sigar, berketurunan Minahasa dari Sulawesi.

Mantan jeneral tiga bintang itu pernah berkahwin dengan Cik Titiek Suharto, anak perempuan kedua Presiden Suharto.

Pasangan itu telah bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki, Encik Didit Hediprasetyo, seorang pereka fesyen yang tinggal di Paris dan Jakarta.

Encik Prabowo mempunyai gelaran ‘Datuk Seri’ yang diterima daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, pada 2022.

Dalam satu hantaran di Instagram, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tun Mohd Ali di atas penganugerahan “Darjah Gemilang Seri Melaka, yang membawa gelaran Datuk Seri”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >