Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

2 maut ketika cuba elak tayar loritertanggal di Sabah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

2 maut ketika cuba elak tayar loritertanggal di Sabah

May 13, 2024 | 01:54 PM



PENAMPANG (Sabah): Dua lelaki maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang ketika cuba mengelak tayar lori yang tertanggal di Kilometer 7, Jalan Penampang-Kota Kinabalu, Sabah.


Dalam kejadian 6.30 pagi pada 12 Mei itu, kededua mangsa berusia 17 dan 27 tahun itu maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Timbalan Superintenden Erwansyah Abdul Basir, berkata kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Penampang menuju ke Kota Kinabalu.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian tayar gantian lori dagangan berkenaan dikatakan tertanggal dan terjatuh di atas jalan.

“Ketika kejadian, dua motosikal yang bergerak dari arah sama cuba mengelak sehingga motosikal mangsa yang maut terjunam ke dalam longkang.

“Akibat kejadian itu, penunggang dan pembonceng motosikal itu cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya lapor Harian Metro.


Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang.

Encik Erwansyah berkata mayat kededua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu, untuk tindakan lanjut.

Katanya siasatan lanjut kes kemalangan itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Sehubungan itu, pihak polis memohon saksi kejadian supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, Encik Erwansyah meminta agar orang ramai tidak menularkan sebarang imej atau klip berkaitan insiden berkenaan di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa terbabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >