Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Sejarah di sebalik Quran paling kecil di Albania

May 05, 2023 | 05:30 AM



TIRANA (Albania): Seperti biasa, selepas berwuduk, Encik Mario Prushi mencium dan menyentuhkan ke dahinya senaskhah Al-Quran paling kecil di dunia.



Selama beberapa generasi, kitab suci sebesar ukuran setem itu, diturunkan kepada keluarganya - yang terselamat dalam peperangan.



Para ulama berkata ia adalah salah satu naskhah Al-Quran paling kecil, dengan kitab suci itu tersimpan dalam kotak perak yang sudah menjadi hitam kerana terlalu lama.



"Kami menyimpannya daripada satu generasi ke satu generasi dengan cukup cermat," kata Encik Prushi, 45 tahun, di rumahnya di Tirana, ibu kota Albania.



Berukuran dua sentimeter lebar dan tebalnya satu sentimeter, kitab suci itu tidak akan terlihat dalam genggaman Encik Prushi.



Ia boleh dibaca hanya dengan menggunakan kanta pembesar yang terlekat pada kotak perak itu.



Naskhah Al-Quran itu tidak dapat ditentukan usianya kerana tidak ada analisis saintifik tetapi menurut Encik Elton Karaj, seorang penyelidik kajian Al-Quran di Universiti Bedar di Tirana, naskhah 900 muka surat itu sudah diperolehi sejak abad ke-19.



Al-Quran ini dicetak dalam format paling kecil di dunia.



Kelihatannya, ia mungkin dicetak pada hujung abad ke-19.



"Cukup luar biasa dan amat berharga. Sungguh beruntung naskhah ini berada di Albania," kata Encik Karaj.



DIJAGA DENGAN CERMAT



Al-Quran ini luar biasa bukan sahaja kerana saiznya tetapi naskhah itu dipercayai telah mengislamkan keluarga Encik Prushi yang asalnya beragama Katolik.



"Moyang saya menggali tanah untuk mendirikan rumah baru di rantau Djakovica, di Kosovo dan menemui mayat seorang lelaki yang masih utuh, tertanam di situ," kata Encik Prushi.



"Quran itu terletak di dada mayat itu," ujarnya.



Keluarganya menyifatkan penemuan tersebut sebagai isyarat bagi mereka supaya memeluk Islam.



Datuk Encik Prushi, seorang pegawai tentera Raja Zog, Albania dalam 1930-an, boleh berbahasa Arab dan akan mengundang rakan-rakannya datang ke rumah setiap malam untuk membacakan ayat-ayat suci dari naskhah Quran itu.



Beberapa tahun kemudian, di bawah pemerintahan diktator komunis Enver Hoxha - yang mengharamkan sama sekali sebarang amalan beragama serta penganut agama dipenjara - naskhah Al-Quran itu dapat diselamatkan kerana ia mudah disembunyikan.



"Ada seseorang memberitahu polis yang kami menyimpan Al-Quran dalam rumah.



"Tetapi kerana ia terlalu kecil, ayah saya dapat menyembunyikannya. Walaupun rumah digeledah, mereka tidak menemuinya," kata Encik Prushi.



DIRESTUI ALLAH



Selepas insiden itu, ayah Encik Prushi, Encik Skender mengamanahkannya kepada beberapa rakan di kejiranan Kosovo, setelah dapat diseludup menyeberang sempadan dalam sebuah lori yang mengangkut arang batu.



Beliau hanya dapat menemuinya semula selepas perang Kosovo 1999, yang ditanam untuk menyelamatkannya.



Encik Prushi kemudian mewarisi naskhah itu sejurus sebelum ayahnya meninggal dunia pada 2012.



"Kitab suci kecil ini mempunyai banyak kisah, restu dan keajaiban. Ia amat berharga bagi saya," kata Encik Prushi.



"Setiap kali saya menyentuhnya, saya terharu," kata isterinya pula, Cik Blerina.



Keluarganya telah menerima banyak tawaran untuk membelinya, termasuk dari pihak muzium.



"Saya tidak mahu menjualnya. Quran ini milik keluarga kami dan akan kekal dalam simpanan kami," jelas Encik Prushi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >