Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Istiqamah tanda hamba yang syukur

May 12, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI hamba Allah yang bertakwa, Rasulullah saw merupakan contoh terbaik bagi umat Islam dalam melaksanakan amal soleh secara berperingkat dan berterusan.



Tidak dapat dinafikan bahawa Baginda saw sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan, dengan hatinya yang sentiasa mengingati Allah swt dan lidahnya yang selalu basah dengan zikir kepada-Nya.



Kesungguhan Baginda dalam beribadah sering kali memberi inspirasi kepada orang-orang terdekatnya.



Dengan mencontohi Rasulullah saw dalam segala aspek kehidupan, sahabat Baginda tentunya muncul sebagai generasi terbaik yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunahnya.



Walaupun sudah dijamin keampunan dan dijanji syurga oleh Allah swt, Rasulullah saw tetap melakukan solat-solat sunat dan amalan soleh secara istiqamah.



Justeru, ini merupakan tanda syukur Baginda saw ke atas kurniaan Allah.



Pernah suatu ketika isteri Rasulullah saw, Aisyah ra, berasa hairan terhadap kesungguhan Baginda dalam beribadah, terutama pada waktu malam.



Ini sehinggakan kededua kaki Nabi saw bengkak dan merekah akibat berdiri beribadah dengan begitu lama.



Aisyah ra bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa Engkau melakukan yang demikian ini? Bukankah dosa-dosamu yang telah lalu mahupun yang akan datang telah diampuni?"



Rasulullah saw menjawab: "Wahai Aisyah, tidakkah diriku ini ingin menjadi hamba yang bersyukur?"



Kisah ini menjadi teladan penting bagi umat Islam supaya berlaku istiqamah dalam ibadah dengan mencontohi kesungguhan Rasulullah saw yang tidak henti bersyukur atas nikmat dan kurniaan Allah swt.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >