Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tengok wayang P. Ramlee di WGS

Jun 30, 2023 | 01:00 PM



Dialog dalam filem Tan Sri P. Ramlee seperti “Cubaan...” dan “Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku”, pastinya melekat di fikiran pencinta filem Melayu klasik.


Sampai ke hari ini, filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Madu Tiga, Labu Labi dan Nujum Pak Belalang menjadi kegemaran ramai termasuk generasi muda yang belum lahir pada zaman kegemilangan P. Ramlee.


Filem komedi mahupun berbentuk drama sosial Allahyarham merupakan wadah menyalur kritikan sosial.

Kini, anda dapat menikmati sekali lagi filem ikonik P. Ramlee di layar digital Persada Budaya, Tingkat 1, Wisma Geylang Serai (WGS) mulai Sabtu, 1 Julai.

Usaha iru adalah bagi mengiktiraf pelakon, pengarah dan komposer berbakat yang banyak menyumbang kepada kejayaan industri filem Melayu pada era 1950-an hingga 1970-an.

Filem P. Ramlee adalah khazanah budaya yang amat berharga dan sewajarnya dihargai generasi muda dan mendatang.

Mulai Julai hingga akhir tahun, sajian filem P. Ramlee yang menarik akan ditayangkan antara 3 petang deng 5 petang di Persada Budaya, WGS.

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikannya bersama penonton lain yang pastinya teruja menyusuri kenangan silam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >