Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ST12 hangatkan konsert dengan interaksi, nostalgia, gurau senda

May 29, 2023 | 04:40 PM



KONSERT belum bermula tetapi sudah dapat dirasakan semarak dan bahang persembahan yang dapat dijangkakan daripada band legenda Indonesia, ST12, yang dibentuk pada 2004 di Bandung.

Penuh sarat The Star Theatre dengan hadirin dari pelbagai lapisan usia yang sudah bersedia untuk bangkit daripada kerusi mereka untuk menyanyi atau menari sama.

Melihat keghairahan anak-anak muda yang menggenggam telefon bimbit dalam tangan, tidak hairanlah jika pihak promoter Sah Entertainment yang diterajui penyanyi Singapura, Sufi Rashid, melaporkan tiket laris di laman Sistic hanya tiga jam selepas ia mula dijual.

Konsert pada Sabtu lalu merupakan penyatuan ST12 dan Setia Band (band yang dibentuk mantan vokalis ST12, Charly van Houten bersama Pepeng) yang sudah lama dinanti-nanti.

Charly, pada usia 40 tahun, masih mengekalkan daya tenaganya yang meluap-luap untuk berlari dari satu sudut pentas ke sudut yang lain sambil mendorong peminatnya untuk sama-sama menyanyi bak satu sesi karaoke besar-besaran.

Penonton dibawa menyusuri jalan kenangan ST12 yang dianggotai Febry (Pepep), Dedy Sudrajat (Pepeng), Charly dan Iman Rush. Menarik untuk dapat tahu bahawa nama kumpulan ST12 diperolehi daripada nama tempat band ini berlatih, Jl. Stasiun Timur No. 12.

Sehingga 2010, lima album band ini sudah dihasilkan. Bayangkan daripada individu yang saling tidak mengenali dan bertemu di studio sewa berhampiran Stesen Rel Bandung, mereka menjadi bak keluarga besar dengan nama ST12 itu diberikan bapa Pepep, Helmi Aziz.

Masing-masing mempunyai kecenderungan tersendiri dalam genre muzik. Charly sukakan jaz manakala Pepep penggemar muzik jaz dan rok. Pepeng pula pencinta muzik rok.

Penubuhan Setia Band tidak sedikit pun menjejas tanggapan ramai dan pergerakan ST12 sebagai band yang diingati ramai kerana lagu-lagu seperti P.U.S.P.A dan Putih Putih Melati. Tontonan YouTube lagu-lagu mereka mencecah lebih 50 juta kali.

Interaksi Charly bersama penonton begitu mesra, dibantu Sufi yang mengaku beliau adalah peminat setia ST12 yang menyanyikan lagu ‘cover’ band ini sebelum dikenali dahulu.

Sudah lama tidak kedengaran sorak penonton yang kuat bersemangat serta keghairahan mereka menaiki pentas untuk menyanyi bersama Charly dan bergurau senda.

Lampu-lampu daripada telefon bimbit menyala di kala lagu-lagu romantis dan perlahan berkumandang.

Charly turut mengundang anak sulungnya, Mohammad Ruly Ramadhan, 19 tahun, untuk menyanyi sama dengannya. Kedengaran ada suara-suara yang tidak sangka anak Charly yang masih awet muda sebesar Ramadhan.

“Comel betul anaknya...bapanya tetap ‘ganteng’ dan tampan,” kata rakan di sebelah penulis.

Beberapa kali Charly melontar jaket dan bajunya untuk disimpan sebagai kenangan buat peminat meskipun ada yang tertanya-tanya masihkah ada yang mahu menyimpan pakaian selebriti yang sudah berpeluh untuk dibawa pulang.

Kelebihan konsert tempohari adalah lagu yang bertali arus dengan Charly memiliki tarikan semberani yang luar biasa pada ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam dunia hiburan.

Nostalgia singgah ke hati pasangan bercinta dalam kalangan penonton atau suami isteri yang mungkin bertemu dan berkasih ketika lagu ST12 sedang hangat menjadi pujaan.

Menghadiri konsert ST12 sama seperti menyaksikan kumpulan seberang Tambak dengan konsep ala 1960-an, Masdo, membuat persembahan.

The Star Theatre tidak sepi bahkan memberi kegembiraan hujung minggu buat ramai peminat band yang penuh luahan rasa mengenai apa yang mereka anggap ‘hip’ dan ‘happening’ dalam cita rasa muzik.

Kata Cik Noraini Ismadi, 27 tahun, seorang pegawai pentadbiran:

“Konsert ST12 tempohari membawa saya mengenang kembali zaman persekolahan saya di mana saya selalu mendengar lagu mereka dalam perjalanan menaiki bas ke sekolah dan pulang dari sekolah.” – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >