Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

EH...EH...

Sambutan Raya Khai Bahar hambar tanpa arwah ibu

Apr 29, 2024 | 08:39 PM



Pemergian ibunda tersayang, Allahyarham Rosnah Mohd, awal 2024 menjadikan sambutan Aidilfitri penyanyi Khai Bahar hambar, baru-baru ini.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharudin berkata sambutan Aidilfitri berbeza apabila ibunya tiada.

Namun, beliau cuba mengalihkan rasa sunyi dengan meluangkan masa bersama keluarga.

“Perasaan kehilangan arwah tak boleh hilang. Kadang-kadang saya cuba menggembirakan diri dengan sokongan keluarga, rakan dan peminat. Mereka inilah kekuatan saya.

“Saya ambil cuti seminggu sambut Hari Raya, tapi disebabkan sambutan kali ini berbeza, balik kampung pun rasa sunyi.

“Saya hanya berada di kampung hingga Aidilfitri ketiga sahaja. Selepas itu, bercuti bersama adik ke Pulau Pinang.

“Nak kata beraya tidak bermakna, tak boleh juga. Saya tetap kena beraya, tapi tanpa arwah jadi berbeza,” katanya lapor laman web, BH Online yang menemuinya di rumah terbuka bersama peminat di SW Banquet Hall, Kuala Lumpur, pada 27 April.

Menurut Khai, beliau melepaskan kerinduan dengan menziarahi kubur arwah ibu pada pagi Raya.

“Itu sahaja yang saya boleh buat, selain mendoakan arwah. Selalunya arwah akan telefon bila saya akan balik beraya, tapi kali ini tiada.

“Aktiviti memasak dengan arwah pun sudah tiada. Rakan baik arwah sahaja banyak membantu memasak.

“Sedikit sebanyak terubat juga nak makan kuah kacang masakan arwah,” katanya.

Bagi memperingati arwah ibu, Khai dijadual tampil dengan tudung Khairose sempena sambutan Hari Ibu, tidak lama lagi.

“Khairose itu pun diambil daripada nama arwah, Rosnah.

“Jadi, saya keluarkan koleksi jambangan bunga yang dihasilkan daripada tudung sempena sambutan Hari Ibu pada 12 Mei.

“Ia bersesuaian untuk hadiahkan kepada ibu. Tujuan saya buat kempen ini sebab nak mengubati kerinduan kepada arwah.

“Saya mahu tengok orang lain menyambut hari istimewa ini bersama ibu.

“Sesiapa yang masih ada ibu, sayangilah ibu anda. Saya tiada ralat dalam hidup sebab banyak membahagiakan arwah, tiada sakitkan hati dan saya percaya arwah bahagia dengan apa yang saya buat.

“Saya bersemangat sebab inilah yang arwah mahu saya buat seperti memiliki perniagaan Khairose sempena namanya. Arwah gembira dan restu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >