Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon ‘The Little Mermaid’ terkesan dihujani komen perkauman

May 29, 2023 | 05:30 AM



APABILA pelakon muda Hollywood, Halle Bailey, ditawarkan watak utama sebagai Ariel dalam filem Disney, The Little Mermaid, ada yang gembira kerana dirinya diberi peluang keemasan dan ada pula yang mencemuh kerana beliau berkulit hitam.


Wujud komen perkauman dalam kalangan warganet mengenai pemilihan Bailey, 23 tahun, bagi watak tersebut. Masih ada yang membanding-bandingkan dirinya dengan animasi The Little Mermaid yang mengetengahkan duyung berkulit cerah.


Mengulas perkara ini kepada media Barat, Bailey secara berani memberitahu bahawa beliau terkesan dengan komen prejudis yang dilontarkan kepadanya. Ini memandangkan datuk dan neneknya turut dilayan dengan kata-kata kesat ketika mula-mula bermastautin di Amerika Syarikat.

Menurut Bailey, kecaman bermula dalam bentuk kempen di media sosial dengan penggunaan tanda pagar #notmyariel. Beliau benar-benar terkejut kerana tidak pernah menerima komen kesat secara meluas yang mempersoal kewibawaannya sebagai pelakon hanya kerana beliau berkulit hitam. Ia langsung mengingatkannya tentang pengalaman datuk dan neneknya.

“Apabila komen negatif mula menderu-deru diterima, saya terkejut kerana langsung tidak menjangkakannya, apa lagi skalanya sebesar ini. Kemudian, saya terfikir, ini bukan kali pertama saya mengalami layanan berbaur perkauman. Saya teringat pengalaman datuk dan nenek saya yang bekerja di ladang kapas. Mereka juga dilayan dengan tidak adil ketika baru-baru bermastautin di Amerika. Malahan, wujud air pancuran untuk golongan kulit putih sahaja ketika itu,” katanya.

Mujurlah, beliau menerima kata-kata yang menyejukkan hati daripada selebriti kulit hitam lain seperti Beyonce dan Zendaya.

Beliau juga didorong oleh pesanan tentang kanak-kanak kulit hitam dan dari Asia yang meraih inspirasi daripada pemilihannya sebagai Ariel.

“Ada satu video TikTok menunjukkan budak kecil ini teruja memberitahu ibunya duyung dalam The Little Mermaid berkulit hitam sepertinya! Melihatkan situasi sebegitu, semangat saya kembali bangkit,” ujar Bailey.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >