Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pegawai AS rampas laman peras ugut; penggodam ikrar tingkat serangan

Dec 21, 2023 | 05:30 AM



Pegawai Amerika Syarikat baru-baru ini merampas laman web peras ugut digital yang dikaitkan dengan kumpulan perisian tebusan ‘Blackcat’ yang terkenal.

Ia sekali gus mencetus ancaman daripada kumpulan penggodam itu yang mahu meningkatkan serangan mereka.

Blackcat – juga dikenali sebagai ALPHV atau Noberus – dituduh bekerjasama dengan kumpulan penggodaman prolifik yang dikenali sebagai ‘Scattered Spider’.

Ia telah menyerang perniagaan utama termasuk MGM Resorts International dan Caesars Entertainment.

Jabatan Keadilan Amerika dalam satu kenyataan berkata, ia telah “dapat lihat rangkaian komputer kumpulan perisian tebusan Blackcat” dan merampas beberapa laman web yang digunakan oleh kumpulan itu.

Rampasan itu turut melibatkan ratusan kunci kriptografi yang boleh digunakan untuk membantu menyelamatkan sehingga 500 mangsa penggodaman.

Tiada sebutan mengenai penangkapan atau tindakan terhadap Scattered Spider, sebuah kumpulan yang dikatakan terdiri sebahagiannya daripada penutur asli bahasa Inggeris muda terutamanya dari negara Barat.

Kumpulan itu telah bertindak sebagai barisan depan Blackcat, menyebarkan perisian yang boleh merampas data pada peranti mangsa yang biasanya hanya boleh dikembalikan selepas bayaran tebusan besar dibuat.

Jurucakap Jabatan Keadilan enggan mengulas lanjut, memetik siasatan yang sedang dijalankan.

Beberapa penganalisis sektor swasta menyifatkan langkah penguatkuasaan itu sebagai penting. Encik Charles Carmakal, seorang eksekutif unit keselamatan siber Mandian Alphabet, berkata ia adalah “kemenangan besar bagi penguatkuasaan undang-undang dan masyarakat”.


Yang lain berkata ia hanya menunggu masa sebelum penggodam akan bertindak balas.


“Gangguan itu kemungkinan besar hanya akan mengakibatkan pengurangan ancaman buat sementara waktu,” kata Daniel Curtis, seorang penganalisis dengan syarikat keselamatan awan ZeroFox Holdings.


Penggodam yang terjejas berikrar mahu bertindak balas dengan memeras ugut penyedia prasarana dan hospital yang kritikal, menurut tangkapan skrin ancaman mereka yang dirakam oleh penyelidik di Dell Technologies’ Secureworks dan beberapa pihak lain. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >