Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat dengan muatan ratusan ‘sembako’ (keperluan makanan harian), beliau juga berusaha mencari orang-orang tua dilihat masih kuat bekerja di bawah sinaran terik mentari.