Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Meta sekat lebih banyak kandungan untuk remaja

Jan 10, 2024 | 04:36 PM



Meta Platforms akan menyembunyikan lebih banyak kandungan daripada remaja di Instagram dan Facebook, selepas pengawal selia di seluruh dunia mendesak gergasi media sosial itu supaya melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan berbahaya pada aplikasinya.

Semua remaja kini akan diletakkan dalam tetapan kawalan kandungan yang paling ketat pada aplikasi dan istilah carian tambahan akan dihadkan di Instagram, kata Meta dalam satu catatan blog.

Langkah itu akan menyukarkan remaja mencari kandungan sensitif seperti bunuh diri, mencederakan diri sendiri dan gangguan makan apabila mereka menggunakan ciri seperti ‘Cari’ dan ‘Teroka’ di Instagram, menurut Meta.

Syarikat itu berkata langkah tersebut, yang dijangka dilaksanakan dalam beberapa minggu akan datang, bakal membantu memberikan pengalaman lebih “sesuai mengikut umur”.

Meta berada di bawah tekanan di Amerika Syarikat dan Eropah berhubung dakwaan bahawa aplikasinya menyebabkan ketagihan dan telah mendorong mencetuskan krisis kesihatan mental remaja.

Peguam negara di 33 negeri Amerika termasuk California dan New York, telah menyaman syarikat itu pada Oktober 2023, mengatakan ia berulang kali mengelirukan orang ramai tentang bahaya platformnya.

Di Eropah, Suruhanjaya Eropah telah mendapatkan maklumat tentang cara Meta melindungi kanak-kanak daripada kandungan yang menyalahi undang-undang dan bersifat bahaya.

Pemeriksaan kawal selia meningkat berikutan keterangan di Senat Amerika oleh mantan pekerja Meta yang mendakwa syarikat itu sedar akan gangguan dan bahaya lain yang dihadapi remaja di platformnya namun gagal membuat tindakan.

Pekerja itu, Encik Arturo Bejar, menyeru syarikat tersebut supaya membuat perubahan reka bentuk di Facebook dan Instagram bagi mendorong pengguna ke arah tingkah laku lebih positif dan menyediakan alat lebih baik untuk golongan muda mengurus pengalaman yang tidak menyenangkan.

Kanak-kanak telah lama menjadi demografi menarik bagi jenama yang mengetengahkan iklan di Facebook dan Instagram, yang berharap dapat menarik mereka sebagai pengguna pada usia apabila mereka mungkin lebih mudah dipengaruhi.


Meta berada dalam persaingan sengit dengan TikTok untuk menarik pengguna muda sejak beberapa tahun lalu, sedang penggunaan Facebook – aplikasi yang pernah popular dalam kalangan remaja – semakin berkurangan.

Menurut tinjauan Pusat Penyelidikan Pew yang dijalankan pada 2023, 63 peratus dan 59 peratus remaja Amerika masing-masing melaporkan menggunakan TikTok dan Instagram, manakala hanya 33 peratus menggunakan Facebook. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >