Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu 'Aisyah Isteri Rasulullah' bergema di media sosial

Lebih 100 rakaman 'cover' oleh pelbagai penyanyi, dirakam dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab
Apr 19, 2020 | 05:30 AM



 Lagu-lagu berunsur kerohanian menjadi santapan rohani dalam masa manusia melalui detik-detik mencabar menghadapi pandemik Covid-19. Sementara lagu 'Aisyah Isteri Rasulullah' tiba-tiba menjadi fenomena sedangkan lagu itu sebenarnya dihasilkan tiga tahun lalu, muncul pula lagu 'Ya Rasulullah' yang menggandingkan legenda rok, Datuk Ramli Sarip dengan Sufi Jamal. BERITA MINGGU menjenguk trend lagu kerohanian yang sedang berlaku hari ini.




LIRIK adalah nyawa kepada sebuah lagu, begitulah yang pernah dikatakan penulis lirik Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq semasa hayatnya.



Jika lirik tidak senadi dengan irama, lagu yang dihasilkan mungkin kedengaran sedap, tetapi tidak akan berbekas di jiwa.



Mungkin inilah jawapan untuk persoalan mengapa lagu berjudul Aisyah Isteri Rasulullah tiba-tiba trending di media sosial dengan terdapat lebih 100 rakaman cover oleh pelbagai penyanyi, dari kalangan artis popular dan kurang dikenali, bahkan dirakamkan juga dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.



Lagu itu telah melalui beberapa proses penyusunan semula dari segi lirik, daripada Aisyah seorang gadis biasa kepada Aisyah Isteri Rasulullah - versi untuk remaja dan kemudian versi yang disarankan ulama.



Lagu ini mula mendapat perhatian apabila penyanyi lagu-lagu kerohanian bersuara merdu dari Indonesia, Ms Muallimah, memuatnaikkan rakaman lagu itu di YouTube.



Ini diikuti dengan seorang lagi penyanyi dakwah popular, Nissa Sabyan, kira-kira tiga minggu lalu.



Dalam tempoh yang singkat, lagu versi Nissa Sabyan itu mendapat 39 juta tontonan.



Dalam tempoh itu juga, satu demi satu penyanyi dari merata tempat memuat naik persembahan mereka dengan gaya masing-masing, antara mereka termasuklah penyanyi Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza



Versi bahasa Arab pula dinyanyikan oleh Mohamed Tarek dan Mohamed Youssef. Penyanyi Indonesia lain yang turut merakamkan cover lagu tersebut ialah Anisah Rahman dan Nada Sikkah sementara penyanyi Malaysia, selain Siti Nurhaliza, turut membawakannya ialah Khair Bahar, Aina Abdul dan ramai lagi.



Menariknya, dalam ramai orang berlumba-lumba memberi sentuhan tersendiri pada lagu ini, timbul pertanyaan, siapakah sebenarnya pencipta asal lagu tersebut dan siapa pula penyanyi asalnya?



Berdasarkan kiriman Instagram CTDK (akaun IG milik Siti Nurhaliza), lagu itu asalnya merupakan ciptaan pemuzik Raziff Zainudin dari Malaysia.



Berdasarkan rujukan penulis, lagu itu Raziff ciptakan untuk kumpulan Satuband dengan tajuk Aiesya bagi album Satu Dua Tiga Cinta Kamu. Beliau kemudian merakamkan lagu itu bersama Projector Band dan memberi tajuk Aisyah, lagu cinta remaja antara teruna dengan seorang gadis tetapi tidak merujuk kepada isteri Rasulullah saw. Nyanyian kumpulan ini di sebuah konsert mini masih boleh ditonton di YouTube.



Aisyah mula mendapat perhatian apabila seorang vlogger YouTube, Sabah Awesome, menyanyikan lagu itu dengan mendapat lebih 600,000 tontonan.



Lirik lagu itu kemudian ditulis semula oleh pendakwah Malaysia, Ustaz Hasbi Muh Ali, seorang guru dari Tawau, Sabah, dan memberi tajuk baru, Aisyah RA. Beliau menggunakan nama Mr Bie di YouTube.



Menurut Mr Bie, rakaman versi beliau itu dibuat pada 2017 beberapa bulan selepas penyanyi asal, Projector Band, melancarkan Aisyah versi mereka.



"Lagu asal ialah Aisyah, tapi saya ubah lirik dan tajuk kepada Aisyah RA. Namun, apabila versi parodi ini mula dinyanyikan semula di Indonesia, mereka tukar kepada Aisyah Isteri Rasulullah," ujarnya.



Ustaz Hasbi menjelaskan, untuk menghasilkan lirik itu, beliau telah merujuk kepada sembilan hadis Nabi yang menceritakan sifat Aisyah, perilaku Aisyah terhadap Rasulullah, sikap romantis Rasulullah dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, beliau juga bertanya kepada beberapa penulis lirik lagu nasyid.



Menariknya, lagu yang ditulis Mr Bie itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan beberapa ulama di Indonesia, dengan ada yang berasa sebahagian lirik itu boleh mengundang tengkarah.



Namun, pemerhati berpendapat kekeliruan mungkin timbul kerana perbezaan bahasa antara Melayu dengan Indonesia.



Ulama terkenal Indonesia, Buya Yahya, berdasarkan satu ceramahnya yang dimuat naik di YouTube, ketika menjawab satu soalan pelajarnya mengenai lagu itu sangat berhati-hati menyentuh satu-persatu bait-bait lirik lagu, yang baginya ada yang tepat menggambarkan isteri Rasulullah saw dan ada yang wajar dihindari.



Namun, dia menyeru pelajarnya agar bersikap husnuzon (baik sangka) terhadap niat baik penulisnya.



Hasil ceramah Buya Yahya, satu lagi versi yang dibuat berdasarkan teguran ulama itu dan ia dinyanyikan oleh Yusof Suhban.



Ada juga ulama berpendapat gaya santai lirik versi Ustaz Hasbi boleh menarik pendengar muda untuk lebih mengenali isteri Rasulullah saw dan sesuai untuk menarik pendengar muda.



Ustaz Hasbi mula dikenali ramai pada 2010 apabila beliau menukar lirik lagu-lagu popular kepada versi yang berunsur kerohanian.



Sebelum ini, dia pernah memberikan sentuhan dakwah kepada lagu-lagu Ombak Rindu, Sayang (Shae) dan banyak lagi.



Dengan ratusan rakaman cover lagu Aisyah Isteri Rasulullah, penyanyi yang manakah yang bagi anda paling mantap suaranya dengan penghayatan luar biasa?




Lirik lagu 'Aisyah Isteri Rasulullah'



Mulia indah cantik berseri

Kulit putih bersih merahnya pipimu

Dia Aisyah puteri Abu Bakar

Isteri Rasulullah



Sungguh sweet Nabi mencintamu

Hingga Nabi minum di bekas bibirmu

Bila marah Nabi kan memanja

Mencubit hidungnya



Aisyah...

Romantisnya cintamu dengan Nabi

Dengan Baginda

Kau pernah main lari-lari

Selalu bersama hingga hujung nyawa

Kau di samping Rasulullah



Aisyah...

Sungguh manis oh sirah kasih cintamu

Bukan persis novel...

Mula benci jadi rindu

Kau isteri tercinta...

Ya Aisyah ya Humairah

Rasul sayang Rasul cintamu



Mulia indah cantik berseri

Kulit putih bersih merahnya pipimu

Dia Aisyah puteri Abu Bakar

Isteri Rasulullah



Sungguh sweet Nabi mencintamu

Hingga lelah Nabi baring dijilbabmu

Seketika kau pula bermanja

Menyikat rambutnya



Aisyah...

Romantisnya cintamu dengan Nabi

Dengan Baginda...

Kau pernah main lari-lari

Selalu bersama hingga hujung nyawa

Kau di samping Rasulullah



Aisyah...

Sungguh manis oh sirah kasih cintamu

Bukan persis novel...

Mula benci jadi rindu

Kau isteri tercinta...

Ya Aisyah ya Humairah



Aisyah romantisnya cintamu

Dengan Nabi

Dengan Baginda...

Kau pernah main lari-lari

Selalu bersama hingga hujung nyawa

Kau di samping Rasulullah



Aisyah...

Sungguh manis oh sirah kasih cintamu

Bukan persis novel...

Mula benci jadi rindu

Kau isteri tercinta...

Ya Aisyah ya Humairah

Rasul sayang kasih Rasul cintamu



  • Lagu asal ciptaan Raziff Zainudin (Projector Band). Lirik diubah suai oleh Hasbi Muh Ali (Mr Bie).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >