Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kris Dayanti diterima sebagai wakil rakyat selain majukan seni

Penghibur legenda Indonesia syukuri 30 tahun dalam dunia hiburan, peranan sebagai nenek
Oct 25, 2022 | 05:30 AM



TIGA dekad dalam dunia hiburan serantau, bermula dengan kejayaan merebut gelaran juara dalam peraduan Asia Bagus musim pertama, terasa bak baru kelmarin sahaja berlalu.



Setiap kali menonton YouTube kemenangannya dalam peraduan itu, bintang Indonesia, Kris Dayanti, 47 tahun, ibarat terasa masa itu tidak berganjak.



Apa lagi beliau masih lagi menyanyikan lagu-lagu 'hit Menghitung Hari dan Mencintaimu di majlis persandingan mempelai pada hujung minggu.



Sungguhpun begitu, 30 tahun itu adalah tempoh buatnya mempelajari erti membangun karakter yang fahami secara mendalam erti dan kepentingan bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan.



Dalam tempoh pascapandemik di mana krisis kesihatan koronavirus belum luput sepenuhnya manakala dunia mulai bangkit daripada bermacam kegenjotan ekonomi dan sosiopolitik, Kris berharap muzik akan terus menjadi jambatan antara negara.



Kerinduan membuat persembahan konsert di luar Indonesia memang menyelubungi jiwa, lebih-lebih lagi setelah melihat rakan seni senegara iaitu kumpulan rok Dewa 19 berada di Malaysia bagi konsert gah yang disambut baik.



Dua sahabatnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Sheila Majid juga dijadualkan terbang ke Jakarta untuk konsert bulan depan.



Dalam penantian itu, Kris, ibu empat anak berusia antara 10 hingga24 tahun, menyingkap kembali bagaimana kehidupannya kini berubah dan diperkasa dengan tugas sebagai ahli politik dan wakil rakyat disandang, Pada usia semuda ini juga, Kris sudah bergelar nenek kepada bayi comel, Ameena Hanna Nur Atta.



Ameena, lapan bulan, adalah anak puteri sulung Kris, Aurel dan suaminya Atta Halilintar.



Ikuti wawancara Berita Harian bersama Kris baru-baru ini.



Soalan (S): Apakah kegiatan muzik di Indonesia sudah dikendalikan pada skala besar kini?



Kris: Tanggungjawab moral seorang artis adalah dengan menghasilkan konsert.



Baru-baru ini, di Indonesia, saya dan dua lagi rakan daripada 3 Diva, Ruth Sahanaya serta Titi DJ, berjaya muncul dalam Synchronize Festival.



Kami tidak sangka lebih 10,000 penonton tampil pada pesta itu. Bukan kerana mereka tidak peduli pada protokol kesihatan. Tapi rasanya ramai sudah jenuh dengan situasi pandemik.



Mereka ingin menonton konsert tanpa ada tekanan keadaan tidak selamat. Justeru, mereka hadir beramai-ramai dengan langkah kesihatan tidak diabaikan. Mereka sudah ada suntikan penggalak dan ingin berhibur secara nyaman.



S: Bagaimana situasi pandemik dan sesudahnya Kris tangani sebagai anak seni dan wakil rakyat?



Kris: Sememangnya pandemik itu membawa impak luar biasa buat semua.



Sebagai wakil rakyat Malang Raya di Jawa Timur, saya punya tanggungjawab bagi daerah yang dijaga. Sepanjang tiga tahun ini, saya berusaha untuk tetap ada buat masyarakat. Alhamdulillah, orang ramai tidak lagi melihat saya sebagai penyanyi dan penghibur semata tetapi sebagai wakil rakyat yang boleh dan sedia membantu.



Dalam bidang seni, setelah lama promosinya dijalankan secara maya kerana pandemik, kita kini dapat melihat stadium penuh 5,000 orang dan kemudian 10,000 penonton bagi konsert skala besar.



Walau apa pun keadaannya, saya jalani hidup ini dengan penuh kesyukuran dan tahu ada kelebihan dan hikmah tersendiri apabila kita diuji dengan pandemik ini yang dapat kita atasi bersama.



S: Bagaimana tugas sebagai ahli politik mengubah dan memperkasa hidup Kris?



Kris: Saya perlu menyesuaikan diri saya dengan peranan baru yang mencabar ini.



Orang tidak lagi menilai saya sebagai penggiat muzik tetapi wakil rakyat.



Apa yang diperlukan adalah kebijaksanaan dan niat tulus - mahukah kita berbuat baik untuk masyarakat?



Jadi ahli politik dan penyanyi mempunyai persamaan kerana dalam bidang seni, saya juga memberi khidmat dan melayan keperluan orang.



Amanah tambahan ini seperti membantu saya mengurus masa dengan lebih baik.



Saya masih menyanyi di majlis kahwin pada hujung minggu, masih merancang konsert di samping mengurus anak dan kini menjenguk cucu. Urusan rumah tangga masih perlu dijaga rapi.



Ia ibarat cucuran air yang tidak berhenti. Saya berterima kasih pada usia 47 tahun ini, saya dipercayai untuk memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan parti politik saya.Saya juga isteri yang ingin mendampingi suaminya semaksimum mungkin. Kepercayaan itu akan mudah diberi pasangan kita kalau kita tahu amanah kita dalam ehwal rumah tangga.



Bentuk pemikiran saya adalah atur minda dan yakin Allah akan bantu kita atasi kesulitan yang dihadapi. Kita tetap akan mempunyai masa yang Allah atur sebaiknya jika kita tekuni tanggungjawab kita. Satu persatu akan beres dengan sendiri.



S: Anak Kris, Amora, kini di bawah label Sony Music Indonesia. Apa pesanan Kris buatnya?



Kris: Saya memang tidak terfikir bahawa bakat itu ada pada diri Amora ketika saya menghamilkannya.



Tuhan gariskan bakat itu ada pada dia. Saya hanya beri dorongan sesuai dengan minat Amora. Secara kebetulan, anak saudara sahabat saya, Siti Nurhaliza, juga menandatangani kontrak bersama Sony Music Malaysia. Semua ini dinamakan takdir tetapi saya berpesan agar dia menjadi dirinya sendiri. Ilmu yang dia perolehi akan mampu menjadikannya bahagia dan selamat. Jadi usah berhenti belajar dan timba ilmu. Saya mahu Amora selesaikan pengajiannya secara baik. Moga dia mampu meningkatkan jati dirinya bagi mencapai mutu seni yang baik dan memberi manfaat buat dirinya dan masyarakat sekeliling.



S: Bagaimana pula dengan amanah seorang nenek?



Kris: Saya khususkan 30 minit sebelum ke pejabat untuk bertemu cucu saya, Ameena. Kadang tidak jumpa anak dan menantu saya sendiri.



Saya bermain dengannya dan menyanyi buatnya. Apabila ada cucu, keadaannya berbeza dengan ada anak. Amora dan Kellen, dua anak saya yang masih kecil kadangkala cemburukan Ameena.



Saya menjelaskan kepada mereka amanah mereka kini lebih besar sebagai bapa saudara dan ibu saudara Ameena.



Sejak pandemik pula, saya ada sukan baru yang saya ceburi iaitu wushu. Ia adalah seni bela diri yang membangun kekuatan dan ketegasan. Ia sukan dengan seni tersendiri. Ini untuk stamina saya agar mampu menggendung Ameena di samping kekal fokus dan spontan dalam urusan seharian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >