Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jejak warisan, kunjungi tempat sejarah, lihat ‘Northern Lights’ di S’pura

May 02, 2024 | 04:37 PM



Dari Dahulu hingga Kini: Lawatan Berpandu Masjid Hajjah Fatimah

Ayuh sertai lawatan berpandu Masjid Hajjah Fatimah sempena Pesta Warisan Singapura 2024.

Masjid itu merupakan salah sebuah masjid tertua di Singapura dan dinamakan sempena Hajjah Fatimah – seorang pedagang dan dermawan dari Melaka.

Pelajari tentang sumbangannya kepada negara. Masjid Hajjah Fatimah, masjid kedua tertua yang dibina di Singapura, ditubuhkan pada 1846.

Tarikh: 4 dan 5 Mei


Waktu: 9 hingga 11 pagi dan 2.30 hingga 4 petang


Tempat: Ruang masuk Masjid Hajjah Fatimah (4001 Beach Road 199572)


Masuk percuma. Sila hadir 10 minit sebelum lawatan berpandu bermula. Tidak perlu pendaftaran awal.

Jejak Warisan
Kampong Gelam

Tahukah anda bahawa Kampong Gelam mempunyai sejarah menarik, antaranya ia pernah menjadi rumah kepada kesultanan Melayu di Singapura sekitar 180 tahun lalu.

Ia juga pernah menjadi hab untuk ribuan anggota jemaah yang mahu menunaikan ibadah haji di Makkah setiap tahun dan tempat untuk mendapatkan tekstil dan permaidani bermutu tinggi.

Apa kata anda ikuti jejak warisan Kampong Gelam yang dianjurkan persatuan sukarelawan tidak mengaut untung yang merupakan pencinta muzium, Friends of the Museum, sempena Pesta Warisan Singapura 2024?


Jejak warisan Kampong Gelam sekitar sejam itu dianjurkan dalam bahasa Inggeris dan sesuai untuk mereka yang berusia tujuh tahun ke atas.

Setiap tiket untuk kegunaan seorang peserta sahaja. Sila buat pendaftaran melalui pautan, mhcxshf24-highlightsofkght.peatix.com


Tarikh: 4 Mei dan 5 Mei


Waktu: 10 hingga 11 pagi dan 5 hingga 6 petang


Tempat: Kampong Gelam. Tempat perjumpaan di Pusat Seni Aliwal (Sebelah Tipo Pasta Bar), 28 Aliwal Street, Singapura 199918


Bayaran: $10 (deposit boleh dikembalikan)


Cahaya Utara
di Gardens by the Bay

Orang ramai di Singapura kini dapat menyaksikan Cahaya Utara (Northern Lights) atau aurora borealis, yang hanya boleh dilihat di kawasan utara dunia seperti Norway, Iceland dan Finland.


Pada 5 Mei, seni pemasangan cahaya baru yang dipanggil Borealis akan muncul di Gardens by the Bay.


Pemasangan cahaya itu dihasilkan tepat pada waktunya kerana pada 2024, kejadian semula jadi Cahaya Utara akan terjadi pada tahap tertinggi sepanjang masa dalam tempoh lebih dua dekad akibat puncak kitaran solar.

Pengalaman menyaksikan pemasangan cahaya rekaan seniman yang berpangkalan di Switzerland, Dan Acher, diwujudkan di Singapura.

Sebanyak 30 mesin laser dan awan akan diletakkan pada batang pepohon Supertree di Gardens by the Bay untuk mencipta kesan visual Cahaya Utara menyelubungi Supertree Grove.

‘Aurora’ dibentuk oleh cahaya laser yang menembusi partikel awan oleh mesin. Pameran itu diiringi dengan lagu yang digubah oleh penggubah muzik Perancis, Guillaume Desbois.

Tarikh: Mulai 5 Mei pada setiap Sabtu dan Ahad, 9 hingga 9.30 malam serta Sabtu dan Ahad, 8 hingga 8.30 malam pada Isnin.


Tempat: Supertree Grove, Taman di Persisiran


Masuk percuma

Hari Raya di Utara

Sertai Rumah Terbuka Hari Raya di acara, Balik Kampung Admiralty.


Anda berpeluang mengikut serta Cabaran Viral TikTok untuk memenangi peluang bertemu mesra penyanyi lagu viral, “Raya Mana?”, Nabila Razali.


Acara itu turut dimeriahkan kumpulan dikir barat, Durbar Dua serta artis lain, Lynn Malik, Raliff Ismail dan Zainal di samping pengacara, Aura Shai.

Selain itu, saksikan juga seni silat dari kumpulan Gayong Perwanit dan kumpulan kompang As-Syafaah.

Tarikh: 4 Mei


Waktu: 2 hingga 5 petang


Tempat: Plaza Masyarakat Kampung Admiralty




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >