Kata orang, tak boleh dibuat main-main kalau menyentuh soal ‘mak’, ‘ibu’ dan panggilan yang sewaktu dengannya. Orang yang dilihat ‘ganas’ macam mana sekali pun, sekali orang lain berani memperlekehkan mak mereka, boleh jadi gaduh besar!
Baru-baru ini, gara-gara seorang selebriti didakwa menyentuh soal ibu seorang peniaga di bazar Ramadan (yang dikatakan akibat salah faham), teruk beliau diserang menerusi media sosial, ditambah pula dengan komen-komen panas.