Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gara-gara sari tipis, Rani beku joget dalam sejuk

Jan 05, 2024 | 02:06 PM



Ini bukan kisah anda menatap patung lilin pelakon Bollywood, Rani Mukerji, yang kaku beku di Muzium Lilin Madame Tussauds.

Sebaliknya, Rani, 45 tahun, pernah diusung dalam kereta kerana tidak boleh bergerak selepas berlakon dalam keadaan suhu yang terlampau sejuk.

Bayangkan dirinya sedang seronok menari dan kononnya menyanyi (dengan menggunakan suara latar penyanyi seperti biasa). Tahu-tahu rakaman filem tidak lagi boleh diteruskan kerana beliau kaku dan tidak dapat berjalan langsung selepas itu.

Bagaimanapun, Rani yang dikenali ramah dengan media, memberitahu laman web, Times of India:


“Kejadian melucukan itu berlaku ketika saya menjalani penggambaran bagi lagu, Tumhi Dekho Naa, untuk dimuatkan dalam filem, Kabhi Alvida Naa Kehna, lakonan bersama Shah Rukh Khan pada 2005


“Dalam video muzik itu, saya sebenarnya sedang ‘beku’. Tak boleh buat apa-apa. Berjalan pun tidak boleh kerana badan sedang kaku.

“Hal itu memaksa sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayah Mukerji, untuk mengusung saya ke kereta,” kongsinya dalam temu bual yang baru sahaja dijalankan awal Januari 2024.

Bagaimanalah tak kaku? Rupanya, Rani setakat pakai sari merah nipis sehingga tidak tahan lagi kesejukan pada paras -14 darjah Celsius!

“Kalau anda amati betul-betul babak tersebut, anda akan perasan bibir saya tidak bergerak ketika melakukan ‘lip-sync’ (membuka mulut dan cuba meniru mengikut nyanyian penyanyi asal) kerana kesejukan melampau,” ujarnya.

Alahai Rani. Lain kali, kalau nak rakam babak dalam cuaca dingin, mestilah siap sedia dengan baju tebal.

Bukan apa, takut pula kekejangan yang dirasakan boleh menjejas fungsi tubuh yang sebenar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >