Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakat ‘separuh masak’ jangan dibiar tipu peminat

May 29, 2023 | 04:36 PM



JANGAN biarkan industri muzik Nusantara ini dirosakkan oleh bakat yang separuh masak.

Jika ingin menjadi sebahagian daripada industri muzik yang berjaya, gali seberapa banyak ilmu seni yang termampu agar peminat juga mampu meraih sesuatu yang berguna daripada kemahiran yang dimiliki.

Inilah pesanan juri undangan Big Stage 5, Datuk Syafinaz Selamat, ketika mengulas persembahan peserta peraduan pada minggu keempat pada Ahad.

Kata Syafinaz di sidang media yang disiarkan di YouTube:

“Kami sebenarnya menggalakkan munculnya bakat baru di dalam industri hiburan Nusantara. Tapi sebagai pemain industri, saya tak nak industri kita ini dirosakkan oleh bakat yang separuh-separuh masak.

“Jadi tolonglah jika anda ingin berada dalam industri, pastikan anda dapat korek ilmu di mana-mana.”

Ajai selaku juri tetap pula menambah:

“Jangan kerana anda ramai peminat, maka anda ambil kesempatan sebab peminat nak tengok anda bukannya nak menilai mutu suara anda. Jangan ditipu peminat. Mereka tak kisah anda bagus atau tidak.

“Mereka akan terpekik kalau nampak muka anda atau buat-buat terpekik. Itu yang bahaya.”

Syafinaz pula menambah beliau mengharapkan generasi baru penyanyi yang bangga bergelar penyanyi Malaysia atau penyanyi Nusantara.

Beliau kemudian melahirkan keprihatinannya tentang Nadeera Zaini yang mempunyai potensi besar dan memiliki vokal yang baik.

“Saya cuma rasa beliau perlu mengubahsuai penampilan atau jenamanya. Setelah memasuki dan memenangi banyak peraduan, rasanya suara sahaja tidak mencukupi untuk menarik minat orang ramai,” kata Syafinaz.

Ajai menambah:

“Nadeera dah banyak menang peraduan tetapi takkan selepas jadi finalis atau menang, dia langsung hilang.”

Syafinaz kemudian memberikan contoh tentang rakan juri, Aina Abdul, yang mampu bangkit setelah lama dalam bidang seni dan melalui banyak pasang surut kerjaya.

“Aina sendiri nampak cemerlang setelah dia membuktikan kebolehannya di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan lagu Sumpah. Kalau dia tak buat sesuatu, namanya akan turun balik. Aspek penjenamaan itu penting,” katanya.


Ajai pula menambah situasi sudah jauh berbeza daripada zaman label rakaman mempunyai jabatan khusus ‘Artiste Repertoire’ untuk membantu penjenamaan artis. Sekarang kerja ini diserahkan kepada pengurus hubungan awam yang lebih banyak membantu dalam soal urusan dengan media.

“Saya lihat Aina daripada dikecam...orang semakin sebut-sebut, terus jadi terkenal. ‘Haters’ pun jadi sayang,” ujarnya.

Aina pula menasihati Nadeera yang sudah lama dikenali dari sejak zaman bertanding dalam peraduan di pusat beli-belah agar berani menentukan arah tujunya dan tidak hanya mendengar arahan orang.

“Bukan saya minta dia bersikap kurang ajar tetapi dia harus menentukan sendiri apa yang dia mahu. Jangan biarkan orang menjatuhkannya, keluar dari zon selesa dan bijak menilai dan mengambil keputusan.

“Saya tahu Nadeera selalu baik hati dan berbudi. Nyanyiannya jujur dan sampai ke hati orang tetapi masih belum dapat mencapai matlamat yang diingini,” kata Aina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >