Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak kecil ajar komposer David Foster erti kesabaran

May 29, 2023 | 05:30 AM



MENCIPTA lagu bukan sesuatu yang sukar buat komposer lagu hit, David Foster sehingga dikenali sebagai ‘Hitman’ tetapi menjaga anak lelaki yang berusia dua tahun ternyata beri cabaran buatnya.

Ini yang dikongsi Foster, 73 tahun, kepada majalah People, tentang Rennie, anak kecilnya yang dilahirkan sesudah berumah tangga dengan penyanyi Katharine McPhee, 38 tahun.

Foster, sebelum ini, mempunyai lima anak perempuan hasil perkahwinan terdahulunya. Allison berusia 52 tahun manakala Amy pula berusia 49 tahun manakala Sara berumur 41 tahun, Erin, 40 tahun dan Jordan pula berusia 36 tahun.

“Saya mempunyai ramai anak perempuan sehinggalah saya menimang anak lelaki yang bongsu. Saya menyayangi semua anak perempuan saya tetapi mempunyai anak lelaki akhirnya terasa lain.

“Bagaimanapun, pada usia 73 tahun, kehidupan saya jadi tertekan,” jelasnya yang ditemui di Pusat Muzik sekitar Los Angeles.

Menurut Foster yang sudah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Madonna, Whitney Houston dan Celine Dion, pengalamannya terasa berbeza kini meskipun masih mengembara demi muzik.

“Terasa macam ada sesuatu yang terlalu berharga ditinggalkan setiap kali saya mengembara ke luar untuk konsert. Segalanya memerlukan kesabaran. Jauh beza daripada ketika saya membesarkan lima anak perempuan saya.

“Saya kurang penyabar sewaktu muda, selalu sibuk di luar dan terlalu banggakan kerja saya daripada pentingkan anak-anak,” katanya.

Foster sering berkunjung ke Asia bagi mempersembahkan karya ciptaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >