Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singtel jangka lapor keuntungan bersih lebih rendah bagi FY2023

Apr 29, 2024 | 04:57 PM



Singtel pada 29 April meramalkan penurunan nilai bukan tunai sebanyak $3.1 bilion bagi separuh kedua tahun kewangan (FY) 2024, yang dijangka menyebabkan syarikat telekomunikasi itu mengalami kerugian bersih bagi tempoh tersebut.

Syarikat tersebut turut menyatakan bahawa ia menjangka melaporkan keuntungan bersih lebih rendah bagi keseluruhan tahun yang berakhir pada 31 Mac 2024, lapor agensi berita Reuters.


Nilai saham Singtel jatuh mendadak ekoran berita itu. Ia turun sebanyak 7 sen atau 2.9 peratus kepada $2.34 setakat tengah hari pada 29 April.

Ia adalah kaunter saham kedua terbanyak diniagakan berdasarkan jumlah saham, di belakang Seatrium, dengan 58.4 juta saham bertukar tangan.

Sekitar $2 bilion daripada jumlah peruntukan kemerosotan nilai itu disebabkan pembayaran “muhibah” oleh syarikat telekomunikasi Optus, iaitu anak syarikat Singtel di Australia, menurut Singtel dalam satu kenyataan kepada bursa saham Singapura.

Baru-baru ini, Singtel menyatakan bahawa tiada perjanjian yang melibatkan Optus, menyusuli satu laporan bahawa perbincangan untuk menjual sebahagian saham Optus tidak tercapai.

Singtel menambah bahawa Optus menjangka peruntukan kemerosotan nilai bukan tunai sebanyak $470 juta bagi asetnya, pada umumnya disebabkan prospek lebih lemah, kos modal meningkat, dan prospek ekonomi makro yang suram.

Perniagaan keselamatan siber di Asia Pasifik dijangka melaporkan peruntukan kemerosotan nilai bukan tunai bagi “muhibah” sebanyak $340 juta.

Singtel menyatakan peruntukan nilai tersebut tidak akan menjejas pembayaran dividen.

“Singtel berada di landasan untuk membayar pada paras atas bagi dasar dividennya untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2024,” katanya dalam kenyataannya.

Singtel dijadual mengumumkan keputusan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac pada 23 Mei.

Dalam pengumuman berasingan pada 29 April, Singtel menyatakan bahawa Optus dan pesaingnya, syarikat TPG Telecom, telah menandatangani beberapa perjanjian perkongsian rangkaian dalam usaha meningkatkan liputan TPG dan mengurangkan perbelanjaan modal.

TPG kini akan memberi khidmat merangkumi sejumlah 2,444 tapak rangkaian telefon bimbit di wilayah Australia, meningkat daripada 755 sebelumnya, dan akan mendapat akses kepada rangkaian 5G serantau Optus, dengan pelancaran khidmat tersebut.

TPG dijangka membayar sekitar A$1.17 bilion ($1.04 bilion) kepada Optus sepanjang perjanjian selama 11 tahun itu.

Optus juga akan memberi lesen bagi sebahagian spektrum telekomunikasi milik TPG untuk digunakan dalam rangkaian utama berbilang pengendali yang baru ditubuhkan.

TPG menganggar bahawa ia akan memperoleh pendapatan sekitar A$420 juta daripada Optus, hasil penggunaan spektrum TPG sepanjang tempoh 11 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >