ALANGKAH terperanjatnya pemilik kedai kek dan kuih-muih Julie Bakes, Cik Juliana Jahayer, apabila pemilik hartanah yang memiliki kedai yang disewakannya di Baghdad Street di kawasan Kampong Glam, ingin menggandakan harga sewa kedainya.
Apabila harga sewa itu ditingkatkan, kedai satu tingkat yang sudah disewakannya sejak tujuh tahun lalu, akan mencapai lebih $10,000 sebulan.