Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Chee Hong Tat dilantik sertai lembaga pengarah MAS

May 02, 2024 | 02:15 PM



Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, telah dilantik menjadi anggota lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Jun, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan pada 2 Mei.

Seiring dengan pelantikan Encik Chee – yang juga Menteri Kedua Kewangan – lima ahli sedia ada telah dilantik semula ke lembaga pengarah MAS untuk tempoh tiga tahun.

Mereka termasuk Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat; Encik Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan; dan Encik Alvin Tan, yang merupakan Menteri Negara bagi Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Profesor Tan Chorh Chuan, mantan presiden Universiti Nasional Singapura (NUS), akan berundur daripada lembaga pengarah apabila penggalnya berakhir pada 31 Mei.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang merupakan pengerusi lembaga MAS, berkata: “Kami amat menghargai sumbangan Profesor Tan kepada lembaga pengarah MAS sejak 12 tahun lalu.

“Beliau memberikan input berguna yang menyumbang kepada keputusan yang lebih mantap, yang membolehkan MAS membina keupayaan organisasi yang lebih kukuh dalam teknologi dan pengurusan risiko.”

Anggota lembaga pengarah MAS, mulai 1 Jun, termasuk:

Encik Peter Ong, mantan ketua perkhidmatan awam; Encik Chaly Mah, pengerusi NetLink NBN Management; Encik Lucien Wong, Peguam Negara, Pejabat Peguam Negara; Cik Deborah Ong, rakan kongsi bersara PricewaterhouseCoopers; Encik Ng Wai King, rakan kongsi pengurusan, WongPartnership; Encik Chia Der Jiun, pengarah urusan MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >