Aturan kerja fleksibel (FWA) boleh menjadi salah satu cara yang boleh dipertimbangkan bagi perniagaan menarik dan mengekalkan pekerja, terutamanya dengan pasaran pekerja yang ketat di Singapura, kata para penganalisis dan majikan.
Beberapa majikan yang dihubungi Berita Harian berkongsi bahawa aturan kerja sedemikian telah membolehkan mereka memanfaatkan kekuatan dan kemahiran yang pelbagai daripada pekerja dan meningkatkan daya saing perniagaan.