Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

World Central Kichen kembali hantar makanan ke Gaza

Apr 29, 2024 | 03:46 PM



NICOSIA: Badan amal, World Central Kitchen atau Dapur Pusat Dunia (WCK), mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan operasi di Jaluran Gaza mulai 29 April selepas menghentikannya buat sementara selama sebulan berikutan kematian tujuh pekerjanya dalam serangan udara Israel.


Sebelum menghentikan operasi tersebut, WCK, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, berjaya mengagihkan lebih 43 juta tan makanan di Gaza sejak Oktober 2023.

Ia menyumbang 62 peratus daripada semua bantuan yang diberikan oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) antarabangsa.

Menurut kenyataan dari badan amal tersebut, mereka telah bersedia dengan 276 trak atau setara dengan hampir lapan juta hidangan untuk dihantar melalui Lintasan Rafah, sementara penghantaran turut dilakukan dari Jordan ke Gaza.

“Krisis kemanusiaan di Gaza masih buruk. Kami akan meneruskan operasi kami dengan tenaga, maruah dan tumpuan yang sama untuk menyediakan makanan kepada seramai mungkin penduduk,” kata Ketua Pegawai Eksekutif WCK, Encik Erin Gore.

Kematian tujuh pekerja WCK pada 1 April telah menimbulkan kecaman dan desakan daripada sekutu Israel, termasuk Amerika, untuk mendapatkan penjelasan mengenai kesilapan tersebut.

Israel mengakui berlakunya kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh tenteranya, dengan pegawai terbabit telah dipecat manakala komander kanan ditegur.

Namun, WCK masih menuntut siasatan bebas.

Serangan Israel di Gaza telah menyebabkan lebih 34,000 kematian dan lebih dua juta penduduk wilayah tersebut di ambang bencana kemanusiaan.


“Kami terpaksa membuat keputusan sukar, sama ada untuk berhenti menghulurkan makanan sepenuhnya di tengah-tengah krisis kelaparan yang serius ini... atau meneruskan usaha kami sambil menyedari bahawa bantuan, pekerja bantuan dan orang awam sering berisiko atau terbunuh.

“Ini adalah perbincangan yang sangat sukar dan kami mengambil kira semua perspektif yang relevan dalam proses ini.

“Akhirnya, kami memutuskan bahawa kami perlu terus menyediakan makanan, meneruskan misi kami untuk membantu menyediakan makanan kepada orang ramai pada masa yang amat sukar,” kata Encik Gore. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >