Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wilayah ekonomi serantau Johor-S’pura potensi jadi kuasa baru Asean: Rafizi

May 29, 2023 | 04:24 PM



ISKANDAR PUTERI: Malaysia menyarankan supaya diwujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura dan menjadikannya kuasa ekonomi baru di rantau ini.


Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, berkata potensi wilayah ekonomi baru itu sangat besar apatah lagi ekonomi Johor dan Singapura saling berkait rapat dan menerima kemasukan pelabur asing yang tinggi.

Katanya, sebelum ini perspektif Kerajaan Persekutuan hanya menumpukan pembangunan ekonomi Johor sebagai sebuah negeri, sedangkan potensi Johor dan Singapura jika digabungkan sebagai wilayah ekonomi, akan menghasilkan manfaat lebih besar kepada kedua-dua negara.

“Idea dan konsep awal tentang wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura sudah ada, malah pernah disentuh secara tidak rasmi bersama Singapura dalam pertemuan berkala sebelum ini.

“Perbincangan secara rasmi mengenai wilayah ekonomi serantau itu akan membolehkan kita mengemukakan cadangan kita dan Singapura juga boleh kemukakan cadangan mereka bagi merealisasikannya.

“Sekarang ini, saya rasa masa sesuai untuk bawa idea dan perbincangan (penubuhan wilayah ekonomi Johor-Singapura) itu dan mulakan perbincangan untuk melakukannya secara formal.

“Cadangan penubuhan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura itu akan dibawa ke Kabinet dahulu sebelum ke Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijangka diadakan pertengahan Julai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bersama kerajaan Johor, di sini, pada Ahad.

Terdahulu, pada sesi dialog libat urus RMK-12, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata Johor diunjurkan akan terus menjadi antara pemacu ekonomi negara terbesar pada masa hadapan.

“Johor akan menjadi satu daripada negeri paling berpotensi mendapat laba bukan sahaja daripada kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), malah daripada projek aktiviti peralihan tenaga membabitkan tenaga boleh diperbaharui (RE).

“Apatah lagi Johor turut mempunyai pusat penapisan petrokimia di Pengerang yang tentunya akan terus memacu pertumbuhan termasuk dalam sektor baru tenaga boleh diperbaharui yang semakin mendapat tempat di peringkat global.

“Keputusan kerajaan yang kini membenarkan aktiviti pengeksportan tenaga boleh diperbaharui ini juga kita ramalkan akan terus merancakkan ekonomi Johor, apatah lagi ia berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar terutama dengan kedudukannya bersebelahan Singapura,” katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >