Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

WHO gegas kirim bekalan darurat ke Ukraine

Tangani penyakit di kawasan dilanda banjir ekoran empangan pecah
Jun 09, 2023 | 02:33 PM



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bergegas mengirim bekalan darurat ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Ukraine dan bersiap-siap untuk menangani sebarang risiko kesihatan termasuk trauma, lemas dan penyakit lain seperti taun, kata para pegawai pada Khamis.


Russia dan Ukraine saling menuduh satu sama lain memecahkan empangan hidroelektrik Kakhovka yang dibina semasa zaman pemerintahan Soviet dulu.

Air dari empangan itu melimpah ke zon peperangan di selatan Ukraine awal pagi Selasa, memaksa puluhan ribu orang meninggalkan kediaman mereka.

“Kesannya terhadap bekalan air bagi sistem kumbahan dan perkhidmatan kesihatan awam, tidak dapat dianggarkan,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu taklimat akhbar.

“WHO bergegas membantu pihak berkuasa dan para pekerja jagaan kesihatan bagi melaksanakan langkah pencegahan penyakit dan memperbaiki kaedah memantau penyakit.

Ketika ditanya khususnya mengenai penyakit taun, pegawai teknikal WHO, Cik Teresa Zakaria, berkata risiko terjadinya wabak itu memang ketara kerana adanya patogen di sekitaran.

Beliau berkata WHO dan Kementerian Kesihatan Ukraine sedang berusaha menyediakan mekanisme bagi memastikan vaksin dapat diimport apabila perlu.

“Kami sedang cuba menangani banyak hal berkaitan risiko kesihatan akibat banjir, bermula dengan menangani trauma hingga ke lemas, penyakit yang berpunca daripada air, serta kesan-kesan gangguan rawatan penyakit kronik,” ujar beliau.

Empangan Kakhovka yang besar di Sungai Dnipro, memisahkan pasukan tentera Russia dengan Ukraine serta para penduduk dari kedua-dua belah empangan itu turut terjejas.

Pengarah darurat WHO, Dr Mike Ryan, berkata WHO telah menawarkan bantuan di kawasan-kawasan yang dikuasai Russia tetapi usaha operasinya lebih kepada pihak Ukraine.

Beliau berkata pihak berkuasa Russia telah memberi jaminan bahawa penduduk di kawasan-kawasan yang didudukinya “dipantau dan diperhatikan serta disediakan bekalan makanan dengan baik”.

“Kami akan lebih berpuas hati sekiranya dapat memasuki kawasan-kawasan itu dan memantau keadaan kesihatan mereka kerana kami benar-benar ingin berbuat demikian,” katanya sambil menambah bahawa terserah kepada pihak berkuasa Ukraine dan Russia untuk memberikan persetujuan bagaimana usaha itu dapat dijayakan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >