Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine sedia teruskan eksport meskipun Russia keluar daripada perjanjian bijirin: Zelensky

Jul 18, 2023 | 01:41 PM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata bahawa Ukraine bersedia meneruskan eksport bijirinnya selepas Russia mengumumkan ia akan menarik diri daripada perjanjian penting yang diuruskan dengan Turkey dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuka sekatan penghantaran daripada pengeluar utama itu.


Perjanjian itu, yang membolehkan eksport lebih 32 juta tan bijirin Ukraine sepanjang 2022, tamat pada Isnin.

“Walaupun tanpa Persekutuan Russia, segala-galanya mesti dilakukan supaya kita boleh menggunakan koridor Laut Hitam ini,” kata Encik Zelensky dalam komen menerusi media sosial yang diedarkan seorang jurucakapnya pada Isnin.

“Kami tidak takut. Kami telah didatangi syarikat-syarikat yang memiliki kapal. Mereka kata bahawa mereka sudah bersedia untuk meneruskan penghantaran,”.

Dalam ucapan pada malamnya, Encik Zelensky berkata: “Ukraine, PBB dan Turkey boleh bersama-sama memastikan kelancaran operasi koridor makanan dan pemeriksaan kapal.

“Saya telah menghantar surat rasmi kepada Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dengan cadangan untuk meneruskan Inisiatif Bijirin Laut Hitam atau rakan sejawatannya dalam format tiga pihak – dengan cara yang paling boleh dipercayai,” ujar Encik Zelensky.

Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, telah berulang kali mengancam mahu menarik diri daripada perjanjian itu, dengan alasan bahawa unsur perjanjian yang membenarkan eksport makanan dan baja Russia telah tidak dihormati.

Russia juga menuduh negara kaya mendapat keuntungan daripada sebahagian besar eksport Ukraine.

Menurut angka PBB, China, Sepanyol dan Turkey adalah tiga penerima utama penghantaran bijirin.

Encik Zelensky berkata bahawa “60 peratus daripada bijirinnya” telah dieksport ke Afrika dan Asia. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >