Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine kecam Russia ‘negara pengganas’ di mahkamah dunia

Jun 07, 2023 | 06:18 PM



THE HAGUE: Ukraine kecam Russia dan memanggilnya “negara pengganas” di mahkamah dunia pada Selasa, dalam perbicaraan berkaitan kes Moscow membantu kumpulan pemisah pro-Russia yang dituduh menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 2014.


Ini adalah kali pertama para peguam Ukraine dan Russia bersemuka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, sejak Moscow melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari 2022.

Pasukan guaman dengan puluhan perwakilan dari kedua-dua pihak hadir dalam perbicaraan itu.

Sebuah panel terdiri daripada 16 orang hakim di ICJ mula mendengar tuntutan Ukraine bahawa Moscow telah melanggar perjanjian antipengganasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan membekalkan dan membiaya tentera pro-Russia yang menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia, membunuh kesemua 298 penumpang dan kru.

Dalam tuntutan yang sama, Ukraine juga meminta mahkamah yang berpangkalan di The Hague itu supaya mengarahkan Russia menghentikan diskriminasi terhadap kumpulan etnik Tatar Crimea di semenanjung Ukraine, yang diduduki Russia pada 2014.

Semasa memulakan hujah, duta kelana Ukraine, Encik Anton Korynevych, mengulas tentang pemusnahan ampangan hidroelektrik Nova Kakhovka, beberapa jam lebih awal, di Kherson, rantau selatan Ukraine.

Kyiv menuduh Russia meletupkan ampangan itu. Kremlin pula menuduh Ukraine melakukannya.

“Russia tidak boleh mengalahkan kita di medan pertempuran, maka prasarana awam dijadikan sasaran untuk melumpuhkan kita,” kata Encik Korynevych dalam perbicaraan itu.

Beliau menyifatkan tindakan Russia itu sebagai “perbuatan sebuah negara pengganas”.

“Baru hari ini, Russia meletupkan sebuah ampangan utama... memaksa sebilangan besar orang awam dipindahkan, mengakibatkan kerosakan ekologi dan mengancam keselamatan jana kuasa nuklear Zaporizhzhia.”

Russia diberi peluang untuk memberi respons kes dakwaan Ukraine itu pada Khamis.

Moscow berusaha supaya kes itu digugurkan, dengan mengatakan bahawa mahkamah berkenaan tidak mempunyai kuasa.

Penerbangan MH17 ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu buatan Russia pada 17 Julai 2014, di ruang angkasa wilayah timur Ukraine yang diduduki kumpulan pemisah pro-Russia.

Pada November 2022, sebuah mahkamah Belanda menjatuhkan hukuman ke atas dua warga Russia dan seorang warga Ukraine yang juga anggota kumpulan pemisah, dalam perbicaraan yang tidak dihadiri oleh yang tertuduh, atas peranan mereka dalam kejadian itu.

Mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Diketahui bahawa Russia “mempunyai kuasa penuh” ke atas kumpulan pemisah berkenaan.

Russia memulaukan perbicaraan di mahkamah itu pada Mac 2022, berkaitan tuntutan lain di mana Kyiv menafikan dakwaan Russia yang Ukraine melakukan pembunuhan beberapa orang speaker Russia di Ukraine. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >