Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tindakan tegas cegah sindiket jual tanah di Kedah

May 29, 2023 | 04:50 PM



ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengesahkan adanya kegiatan pihak tertentu yang mencari untung dengan menjual tanah kerajaan yang dimohon pemilikan selepas ia diusahakan.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kegiatan ala sindiket itu dikesan berlaku di hampir setiap daerah dan sudah lama berlarutan, menyebabkan kerajaan negeri mahupun pemilik tanah kerugian, sedangkan golongan terbabit meraih keuntungan berganda.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan tindakan akan diambil terhadap pihak terbabit berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Kita nak pesan kalau ada sindiket mohon tanah, dia ada tanah banyak, (tetapi) dia mohon guna nama orang lain.

“Sudah tiba masanya kegiatan itu dihalang, kita akan pantau sebab ada laporan tak bertulis. Amalan itu memang sudah lama wujud, berakar umbi dah.

“Kita boleh kenal pasti golongan ini sebab mereka berurusan banyak kali di pejabat tanah dengan memohon tanah atas nama orang lain. Kalau mereka datang lagi mohon (tanah), kita hambat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri Kedah (JKTN) di Wisma Darul Aman di sini, pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Datuk Muhammad Sanusi akui kegiatan sedemikian memberi kesan kepada golongan kurang berkemampuan untuk memiliki tanah sendiri.

“Mereka sebenarnya sudah miliki banyak tanah hasil kegiatan seperti itu. Tak bolehlah macam itu kerana tanah semakin sikit dan orang makin bertambah.

“Kalau seseorang itu miliki tanah kerajaan dengan banyak, untunglah dia sebab tanah kerajaan premiumnya murah berbanding tanah jual beli.

“Kita harap orang yang ada duit belilah tanah, jangan mohon tanah kerajaan yang dikhususkan untuk orang miskin,” katanya.

Datuk Muhammad Sanusi berkata, pemilik tanah yang diberikan geran hak milik seharusnya mematuhi garis panduan ditetapkan, antaranya tidak menjual tanah berkenaan selama 10 tahun.

“Saya harap pemilik tanah yang diberikan geran hak milik, jangan jual tanah. Setiap kelulusan baru ada sekatan 10 tahun. Kita tidak akan meluluskan jika ada permohonan untuk buka sekatan berkenaan untuk urusan jual beli.

“Gadai boleh, seperti cagar di bank untuk bina rumah, (tetapi) jual beli tidak dibenarkan. Sebab kita luluskan permohonan supaya mereka ada harta (tanah) untuk diwarisi kepada anak cucu,” jelasnya.

Datuk Muhammad Sanusi berkata, keluasan tanah permohonan geran kini dihadkan kepada maksimum dua hektar berbanding empat hektar sebelum ini.

Dalam pada itu, Datuk Muhammad Sanusi memaklumkan, 642 permohonan geran hak milik diluluskan membabitkan keluasan 381 hektar tanah serta premium mencecah RM2.99 juta.

“Di Pendang sebanyak 277 geran dan Langkawi 105 geran untuk beberapa kampung membabitkan tanah pertanian. Kalau tanah komersial dibawa dalam mesyuarat Exco.

“Kita akan pastikan tanah di pinggir hutan yang diteroka lebih 20 tahun diberikan hak milik. Ada permohonan hingga 56 tahun diusahakan baru dapat hak milik. Majlis penyerahan geran akan diadakan dalam masa terdekat sebagai bukti kita bercakap serupa bikin,” katanya. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >