Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Setiausaha Perbendaharaan AS lawat China untuk pulih hubungan

Jul 03, 2023 | 04:29 PM



WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Cik Janet Yellen, dijadual melawat Beijing minggu ini, menurut satu kenyataan pada Ahad dan lawatan itu adalah yang kedua oleh anggota Kabinet Amerika ke China sejak hubungan antara dua negara kuasa besar ekonomi dunia terganggu sejak awal 2023.


Cik Yellen dijangka membincangkan dengan rakan sejawatannya tentang peri penting bagi kedua-dua negara “mengendalikan hubungan dengan penuh bertanggungjawab, berkomunikasi secara langsung mengenai perkara-perkara yang disangsikan dan bekerja bersama dalam menangani cabaran global,” kata satu kenyataan Jabatan Perbendaharaan.

Lawatan Cik Yellen yang dirancangkan pada 6 hingga 9 Julai itu diatur selepas beberapa minggu pertemuan antara Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, dan Menteri Luar, Encik Qin Gang, di Beijing pada Jun.

Encik Blinken merupakan pegawai tertinggi Amerika yang melawat ibu kota China itu dalam tempoh masa lima tahun, dan Encik Xi pula berkata bahawa lawatan yang jarang diadakan itu adalah satu jalan ke arah memperbaiki hubungan yang terganggu antara Beijing dengan Washington.

Di Beijing, Cik Yellen akan membincangkan tentang bagaimana Amerika melihat hubungan ekonomi dengan China, kata seorang pegawai Jabatan Perbendaharaan pada Ahad.

Beliau akan bertemu pegawai kanan China dan sebilangan firma terkemuka Amerika, kata jurucakap Amerika yang tidak mahu memberikan butir-butir terperinci.

Sedang Amerika cuba melindungi kepentingan keselamatan dan hak asasi manusia, tindakan ke arah itu tidak “disasarkan untuk meraih keuntungan ekonomi daripada China,” kata pegawai berkenaan.

Washington juga ingin melihat suatu hubungan yang baik dengan Beijing dan tidak pula mengasingkan tentang ekonomi, sementara mewujudkan kerjasama dalam pelbagai perkara mendesak, seperti perubahan iklim dan kesulitan hutang, kata pegawai Amerika.

Amerika juga tidak mengharapkan “sebarang pencapaian yang signifikan” daripada lawatan awal ini, tetapi ingin membina saluran komunikasi jangka panjang dengan China, kata pegawai Perbendaharaan.

“Saya fikir pemerintah Amerika jelas cuba mendapatkan penjelasan mengenai hubungan ekonomi yang terganggu“ kata Encik Edward Alden, seorang zamil kanan di Majlis Hubungan Luar (CFR) kepada agensi berita AFP, katanya, sambil menambah bahawa Amerika telah mengalihkan perhatian ke arah memperbaiki hubungan dan mengurangkan sebarang risiko.


Ini bermakna “fokus kepada perkara yang sempit dan mempunyai kepentingan strategik, cuba melindungi perkara itu dan menyemai hubungan ekonomi Amerika-China yang kukuh,” kata Encik Alden.


Tetapi pemerhati menyatakan mereka tidak menjangkakan penyelesaian segera terhadap ketegangan antara dua kuasa besar itu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >